Tuesday, June 10, 2014

Hanya Ada Satu Azeez Rahim Dalam Dunia....! 121 Jemaah Umrah Terkandas Selamat Pulang Dengan Bantuan Biro Kebajikan UMNO

YAB Datuk Sri Najib tahu kita hanya ada satu Azeez Rahim dalam dunia ini....

Azeez memang memiliki kebolehan untuk membuat kerja diluar kemampuan mana mana pimpinan UMNO yang lain. Beliau berjiwa besar dan berhati mulia!

Untuk mengetuai Biro Kebajikan UMNO, Azeez Rahim adalah pilihan yang tepat sekali.

Lihat sendiri 'track record' beliau sebelum ini. Azeez yang membawa pulang anak dara dilarikan orang Indon, beliau meredah segala macam bahaya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa bencana alam di New Zealand, Pakistan, Jepun, Myanmar dan beberapa negara yang perlukan bantuan kemanusiaan ketika itu seperti Misi Jordan, Somalia, Gaza dan membawa pulang rakyat Malaysia pulang dari Mesir.

Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu selamat tiba di tanah air kira-kira jam 6.10 petang tadi.

Ketibaan jemaah yang menggunakan pesawat Flynas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Timbalannya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah jemaah kerana dapat pulang ke Malaysia dalam keadaan selamat hasil bantuan yang dihulurkan oleh Biro berkenaan.

Bercakap kepada para jemaah, Abdul Azeez menjelaskan pihaknya tampil menghulurkan bantuan itu tanpa mengira fahaman politik.

Jelasnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri mengarahkannya untuk menguruskan kepulangan 121 jemaah itu yang mengerjakan Umrah dengan pakej RM3,700 seorang yang ditawarkan syarikat beroperasi di Taiping.

“Tawaran pakej Umrah di bawah RM4,000 adalah tidak munasabah dan saya berharap kejadian ini akan menjadi iktibar berguna kepada umat Islam yang ingin mengerjakan Umrah,” katanya.

Sementara itu, beberapa jemaah umrah yang ditemui melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

Jemaah, Abdul Ramesh Abdul Rahim, 60, melahirkan rasa kesal dengan syarikat yang menguruskan pakej umrah terbabit.

“Saya rasa sakit hati kerana syarikat tersebut tidak mengambil peduli hal kami dan langsung tidak menghantar wakil daripada pihak mereka utuk menerangkan hal sebenar,” katanya lagi.

Beliau yang berasal dari Pulau Pinang itu menzahirkan rasa gembira kerana ramai pihak prihatin terhadap jemaah yang terkandas di Madinah.

“Saya rasa sangat gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi menolong kami menerusi Biro Kebajikan UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,” katanya.

KREDIT - Perak Today

24 comments:

Anonymous said...

Untung ler korang. Pegi umrah nak murah dgn travel agen bermasalah. Masa nak pegi tak fikir masak-masak.

Bila terkandas ada pula penyelmat. Lain kali boleh pegi lagi dgn pakej super economy pulak. Tak pe, kalau kandas lagi, bantuan tetap akan sampai.

Travel agent yg berkenaan pun boleh senyum lebar. Beli tiket one way jer, nanti tiket balik ada orang tolong settlekan. Duit negara masih banyak lagi. Setakat RM300,000 apa ada pasal.

Anonymous said...

korang panggil la dia azeez keeling ker, azeez rempit ker, azeez mamak ker... tapi azeez memang terbaik laaa wei...!!

aku memang adore si azeez ni dari dulu, mamak nie suka tolong orang dlm kesusahan

Ini pandangan saya...

Tgk foto nbr 5 dari atas, wajah abang tu mcm malu malu alah dgn Datuk Sri Aziz Rahim.

Ofismate adik ipar saya bagi tau ade ahli family dia dalam 121 jemaah tu yang confirm ramai jugak ahli ahli Pas sebenarnya yg terkandas tu.

Ahli2 Pas tu pernah whtsp dan sms kpd Pas punya leaders tapi none of them can work out anything sebab mereka berkira sangat bila tahu bukan semua 121 tu ahli Pas.

Hampeh betol la.

Last last Datuk Sri Aziz jugak penyelamat

Anonymous said...

ABg Azeez RAhim ni di Baling pun org PAS 'kalah angin' dgn dia sbbd ia mmg jenis xpeduli apa tolong semua org. Macam2 org PAS baling kutuk dia.. panggil paria.. hindu.. Astaghfirullah mmg cukup jahat mulut org PAS ni.

Tp Alhamdulillah org2 baik tetap akan baik wpun mcm mana di jahatkan. Semoga Allah SWT berkati beliau Abg Azeez.. pemimpin UMNO mcm ni yg kita mau.. yg lain2 tua bangka jd biawak hidup dlm UMNO tu elok pencen cepat lah!

Syabas!

Anonymous said...

Mejoriti yg pi umrah tambang murah ni ialah ahli parti yg mengaku perjuangkan Islam,sebab biasanya yg atur pun orang mereka.Tengok kopiah dan janggut pun kita dah boleh agak.Alhamdullillah ,mujurlah ad puak yg selalu di katakan tak Islamik ut,pi selesai masalah.Azeez memang bagus orang nya.

Anonymous said...

Bagi pendapat aku pulak, tak payah nak tolong depa tu.

Soal parti tolak ke tepi dulu. Ini soal nak mengajar depa ni.

Nak pegi umrah murah tanggunglah risikonya. Sedap-sedap pegi umrah, bila ada masalah mintak tolong settle. Aku pun nak jugak macam tu. Ada lagi tak travel agen mcm tu?

Anonymous said...

Boleh ler senyum-senyum sbb dpt buat umrah harga murah. Orang lain bayar RM6000++ diaorang cuma RM3700 jer. Kerajaan rugi RM300,000 nak bawa balik diaorang lantak pi ler. Janji hati puas.

Anonymous said...

"... Ahli2 Pas tu pernah whtsp dan sms kpd Pas punya leaders tapi none of them can work out anything sebab mereka berkira sangat bila tahu bukan semua 121 tu ahli Pas..."
Aiiikkk... katanya PAS For ALL, tapi kena tang ni (sbb fulus kena keluar agaknya) PAS jadi 'selective' pulak!
EVLee

Anonymous said...

Kena tipu lagi melayu ini!!!!
Sebab nya: Kerana nak murah harga umrah.
When you pay *peanut*...surely you got *monkey*.....to handle your umrah!!!!

Anonymous said...

Bersukur dan berterimakaseh kerana dapat pulang ke tanah air dgn selamat,diatas bantuan UMNO,yg dikutuk yg dimaki hamun,yg sama2 menadah tangan doa KO,doa pecah perut.Moga2 menjadi iktibar kpd orang kita maki hamunlah yg menolong kita,semoga jasa yg dihulur dibalas pada pru akan datang.

Diorang kata kerajaan abes RM300,000 utk bawak dorang ni balek?? Bukan keluar fulus umno??

Agak2 kalau org PAS mintak peruntukan RM300,000 kat kerajaan utk "bantu" jemaah ni balik, boleh dapat ke??...ko sendiri tau jawapannyer......now u tell me saper sebenarnya yg "selective"...

kenapa pulak PAS mintak kat kerajaan...habis duit tong milo tu guna untuk apa?? bukan untuk kebajikan ke?

Anonymous said...

pas kalo nk tolong pn bole...kerajaan kelantan kn pas pegang...selangor kn byk duit...juz nk tolong ngan xnk je...dh jd tanggung jawab kerajaan utk settle kn hal mcm nie...juz nk settle kn atau xnk...

Anonymous said...

Assalamuallaikum...

Saya fikir tak perlulah mempertikaikan pasal UMNO atau PAS atau yang pi umrah tu tak fikir betul..... semua dah lepas dan alhamdulilah rakyat kita selamat kembali.

Yang penting elakkan dari berlaku lagi.

Anyway, YB Azeez.... congratulation! You done fantastic job and may Allah bless you...amin

Anonymous said...

Ye betul aku setuju. Mentaliti subsidi.

Anonymous said...

Bertambah manjalah depa. Ada makcik tu kata seronok dpt duduk lama kat madinah.