Sunday, June 15, 2014

KANTOI...!! Dyana Sofya Malu Beb...

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan itu baru-baru ini.

Sebagai memenuhi janji tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan.
BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip menepati janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini," katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.


Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan kerana menyokong BN sehingga membawa kepada kemenangan Siew Keong pada pilihan raya kecil itu, 31 Mei lepas selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi.

“"Saya tak senang duduk kalau tak turun hari ini berjumpa rakyat Teluk Intan kerana saya mahukan kemenangan ini bukan sahaja dalam erti kata rakyat telah memangkah BN, tetapi hendak kemenangan ini dekat di hati setiap pengundi.
"Saya juga datang sebab hendak pastikan janji-janji BN ditunaikan, janji-janji kita ditepati dan mahu membawa perubahan baharu di kawasan ini," katanya.

Utusan Online

2 comments:

Anonymous said...

Yang menyokong kebanyakan orang Melayu dan India. Cina masih menyokong DAP. BN menang sebab penyokong DAP boikot calon DAP iaitu Melayu.

BN patut lebihkan bantuan kepada Melayu dan India.

salim hasan said...

TAPI KENA INGAT !!APA PUN PROJEK NAK BAWAK ,UTAMAKAN MELAYU KALAU NAK MENAG LAGI PADA PRU 14 DITELUK INTAN