Wednesday, June 11, 2014

Kenyataan Zahid Sudah Makan Tuan...? Tony Pua Tuduh Zahid Ugut Gangster Teluk Intan Pastikan Calon BN Menang

“Karut dan merepek,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini, berhubung kemenangan BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Zahid mendakwa BN menang pada PRK itu selepas beliau memberi amaran secara peribadi kepada ahli-ahli kongsi gelap di sana agar tidak menakutkan pengundi supaya memilih Pakatan Rakyat.

“Saya beri amaran kepada kongsi gelap kerana saya kenal muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan. Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan,” katanya seperti yang dipetik portal berita tersebut.

Tony Pua yang juga Pengarah Pilihanraya DAP bagi PRK itu menyangkal kenyataan tersebut yang seolah-olah memberi gambaran DAP dan Pakatan Rakyat mempunyai hubungan dengan kongsi gelap.

“Kenyataan beliau tidak ada asas. Kalau ada pun pengaruh gangster (ke atas keputusan PRK), mungkin BN yang ada hubungan dengan mereka. DAP tidak ada sebarang pengaruh atau hubungan dengan gangster,” katanya kepada Roketkini.

Menurut Tony lagi, memandangkan Zahid secara langsung mengaku mengenali kumpulan kongsi gelap di sana, kemungkinan beliaulah yang mengugut kumpulan itu agar menyokong BN.

“Zahid kata beliau kenal dengan gangster-gangster itu, jadi mungkin beliau sebenarnya yang buat ugutan agar mereka menyebelahi BN,” katanya lagi.

Ketika berucap dalam satu acara di Melaka pada Oktober tahun lalu, Zahid menyebut ahli-ahli kumpulan samseng ‘Tiga Line’ sebagai “kawan-kawan” dan memberitahu mereka agar “menjalankan apa yang patut.”

Dalam PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kalah tipis dengan calon BN, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dengan perbezaan 238 undi. – Roketkini.com

5 comments:

Anonymous said...

Ape yg mkn tuan? Bile t.pua ckp zahid ugut suruh sokong bn, tu lg la statement mkn tuan..sbb mcm t.pua mksdkn tnpe ugutan, gngster msti sokong dap

Melayu Selangor said...

Kata la apa pun. Yg penting BN dah menang. DS Zahid terbaiikkk.

SolitaireHunter said...

Tin kosong ni dah mula buat hal balik. Dia tak tahu 3 line pun asyik bergambar dengan Diana Sofya!

Anonymous said...

Menteri ini elok jangan buka mulut ..boleh buka jika nak menguap atau makan saja ...

Anonymous said...

ada doktur kunun wak ni, dah la wak, tak payah nak ugut-2 la, kami semua dah tau.haha

hassan tiger