Tuesday, June 17, 2014

Kisah Peniaga Peniaga CINABENG Kuasai Jalan Bukit Bintang..... Salah Siapa...?

Yap Ah Loy Moden. Benarkah YTL Kuasai Jalan Bukit Bintang dan Sentul?

ISU mengenai YTL dan Francis Yeoh Sock Ping, cukup hangat sekali.

Apabila dia bercakap secara terbuka dalam satu forum mengenai “kroni kapitalisme di Malaysia harus dihapuskan" -- maka orang berkata, tahi sudah terpercik ke mukanya sendiri.

Kumpulan YTL dan Francis diumpamakan sebagai kacang lupakah kulit, seorang yang lupa daratan dan bermacam-macam.

Memang benarlah, ramai yang tahu mengenai asal-usul YTL. Jika bukan kerana bantuan kerajaan ia hanyalah sebuah syarikat pembinaan berstatus Sdn. Bhd. yang mungkin sekarang ini sudah hilang.

Tapi YTL masih hidup dan kini cukup mewah. Ia mewah, hanya lebih dua dekad ini, di atas anugerah kerajaan dan di atas penderitaan syarikat-syarikat milik orang Melayu lain, yang kononnya mahu di­selamatkannya semasa krisis ekonomi dahulu.

Francis dalam forum itu cuba menafikan Tun Dr. Mahathir Mohamadlah yang membuka jalan untuk beliau mendapat kontrak tenaga IPP sehingga mengkayakannya sehingga ke hari ini. Dia mendakwa, kejayaannya adalah hasil inovasi syarikatnya.

Setelah kenyataannya menjadi panas, Francis kemudian memohon maaf di atas kenyataannya itu.
YTL sebenar cukup licik. Ia juga membuat namanya dengan membuat belian ke atas aset-aset tenat akibat krisis kewangan Asia, seperti pusat membeli-belah Lot 10, di tengah-tengah Segitiga Emas, daripada Datuk Sulaiman Abdul Manan, pemilik Taiping Consolidated Bhd. pada 1998.

Ekoran pembelian itu YTL menguasai hartanah di sekitar Bukit Bintang dan Sentul.
Taiping Consolidated kemudian ditukar nama menjadi YTL Land & Development. (Baca lagi: http://www.theedgemalaysia.com/features/153046--cover-story-all-the-cash-but-nothing-to-buy.html)

Satu panggilan saya terima daripada seorang ahli perniagaan Melayu yang berjaya, marah-marah dengan sikap Francis itu.

Dia kata, dia hairan apakah YTL terlalu menguasai sejumlah besar kawasan Bukit Bintang termasuk Jalan Bukit Bintang dan di kawasan-kawasan Sentul?

Minta DBKL jelaskan benarkah kawasan-kawasan itu YTL yang punya? Apakah kuasa DBKL juga amat terhad di dalam kawasan Bukit Bintang? Ia seolah-olah seperti wilayah penguasaan YTL dan keluarga Francis?

Benarkah Bukit Bintang dipenuhi dengan rumah-rumah urut milik pendatang Cina dari China? Berapa peratus kawasan itu diberi ruang untuk Melayu berniaga?

Di Sentul, kawasan-kawasan kampung semakin lenyap dan diganti dengan projek pembangunan milik YTL. Siapa yang mampu beli semua hartanah di situ? Ke mana perginya orang asal di situ?

Katanya lagi, apakah YTL kini dikenali sebagai Yap Ah Loy moden Kuala Lumpur? Berkuasa sangatkah dia? Pemanggil itu menasihati lagi, kita semua dan pihak berkuasa harus terus memantau kegiatan mereka ini...

SUMBER

No comments: