Monday, June 30, 2014

Kit Siang Terpaksa Bergegas Ke IJN Jumpa Hadi Awang Untuk Halang Khalid Gagap Masuk PAS Kekal Jadi MB Selangor

Hasrat PKR yang didakwa mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh PAS.

Menurut sumber dalaman kerajaan nege­ri, keadaan itu mungkin berlaku apabila PAS di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.

Malah, sumber terbabit turut difahamkan Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada PAS.

"PKR difahamkan mahu menggantikan Klid dengan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail yang juga ADUN Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.

"Malah, ada desas-desus kuat bahawa PAS kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang.

Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman.

Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua PAS kawasan ne­geri ini bersetuju agar Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Sela­ngor sehingga wujudnya ‘Langkah Kajang’ yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu.

Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Mingguan Malaysia difahamkan, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin PAS yang dipertimbangkan.

Utusan Online

5 comments:

Melayu Selangor said...

Iskandar lebih berkarisma sebagai MB.

Anonymous said...

asal jgn mamak maidin sepang atau mamak gereja s alam sudahhh...

Mohammad Ariff said...

Pas nk calon kn sape jd mb slangor? Khalid 'G' ke?

Anonymous said...

Biar MAMPUS semuaNYA sekali..

Anonymous said...

Biar MAMPUS semuaNYA sekali..