Sunday, June 8, 2014

Pimpinan PAS Ucap Terima Kasih Kepada Azeez Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bawa Pulang Beberapa Penyokong PAS Terkandas Di Madinah






Sejumlah 121 jemaah Malaysia yang terkandas di Madinah sejak tujuh hari lepas setelah menunaikan umrah akan dibawa pulang menerusi penerbangan dari Jeddah malam esok dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin ini.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata selepas mendapat maklumat lengkap pihaknya dengan kerjasama Konsulat Jeneral di Makkah telah menguruskan pembelian tiket penerbangan semua jemaah yang terkandas itu menerusi syarikat penerbangan FLYNAS.

Beliau berkata Biro itu mendapat maklumat daripada Konsulat Jeneral Malaysia di Makkah memaklumkan 268 jemaah dari Malaysia yang menunaikan umrah pada 21 Mei menerusi sebuah Agensi pelancongan tempatan dan sepatutnya pulang 1 Jun lepas terkandas.

"Bagaimanapun sehingga semalam, masih terdapat 121 orang yang kebanyakannya dari Perak dan Pulau Pinang masih terkandas, 10 orang telah pulang pada 4 Jun lepas, manakala 137 orang berlepas dari Jeddah semalam dan tiba di KLIA2 pukul 10 pagi tadi," katanya pada sidang akhbar di Georgetown Sabtu.

Bernama melaporkan Abdul Azeez berkata kumpulan jemaah yang terkandas itu akan dibawa menaiki bas dari Madinah ke Jeddah pukul 10 pagi esok dan menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu tempatan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah hubungi saya dan mengarahkan supaya Biro Kebajikan UMNO menguruskan segera untuk membawa pulang 121 rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

"Jadi saya terus hubungi FLYNAS untuk membantu kita membawa pulang jemaah di sana menerusi peruntukan yang disediakan oleh Biro Kebajikan UMNO," katanya.

Abdul Azeez berkata anggota keluarga jemaah yang terkandas di Madinah tidak perlu risau kerana mereka berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang segera.

Katanya siasatan awal mendapati agensi yang membawa jemaah berkenaan dengan menawarkan pakej umrah berharga RM3,999 hanya membeli tiket penerbangan pergi tanpa menempah tiket untuk penerbangan pulang.

Beliau telah menghubungi wakil syarikat dan pejabat agensi pelancongan berkenaan bagaimanapun tidak berjawab.

"Agensi yang berpejabat di Perak itu tidak menempah tiket pulang dan wakilnya yang bersama jemaah di Makkah telah pulang lebih awal serta meninggalkan mereka di sana tanpa sebarang maklumat.

"Saya juga difahamkan ada jemaah yang terkandas itu sakit, ada yang dibuang kerja kerana telah tujuh hari mereka tidak balik, ini satu perkara yang menyedihkan," katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji menasihati orang ramai yang ingin menunaikan umrah supaya menyemak terlebih dahulu agensi pelancongan sama ada ia berdaftar dengan Tabung Haji atau tidak.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan agensi yang menawarkan pakej murah yang harganya di bawah RM4,000.

"Saya sudah cakap banyak kali, sekarang ini memang tidak ada lagi pakej yang boleh ditawarkan dengan harga bawah RM4,000 kerana tiket penerbangan sehala sahaja sudah mencecah RM1,800, jadi mereka yang hendak pergi menunaikan umrah perlu berhati-hati.

"Lagipun kejadian seperti ini (jemaah terkandas) bukan pertama kali berlaku dan kalau tidak salah saya dalam tahun ini sahaja sudah hampir empat kali berlaku," katanya.-7/6/2014

9 comments:

Anonymous said...

orang pas ni bila org crita psl agama ckit baca ayt quraqn ckit, trus paercaya. dlm kepala mereka akan cakap takkan la nak tipu, pandai baca quran la bagai. tp mereka lupa zmn sekarang ayat quran diperdagangkan. ini lah akibat tak ikut perkembangan semasa. sendiri hulur leher utk di sembelih. mungkin allah nak tunjuk org2 pas ni mudah ppercaya dan mudah di tipu. Allah bagi akal guna la. dah susahkan kerajaan yg ko maki2 plak

Anonymous said...

Akhirnya itu semua salah UMNO.

Anonymous said...

ORANG MELAYU ORANG ISLAM MEMBANTU PEMBINAAN TOKONG, KUIL DAN GEREJA

Dulu melayu tak ada kilang mengeluarkan produk Halal, tak ada perniagaan untuk menjual produk Halal. Tapi kini semua itu dah ada. Kalau produk melayu islam dah berkualiti, tak perlu lah kita nak guna produk bukan melayu bukan islam.

Teori mudahnya begini. Bila kita sokong syarikat orang melayu orang islam, syarikat itu hidup dan dapat menyediakan peluang kerja kepada beribu2 anak melayu anak islam, bila syarikat untung banyak, syarikat bayar zakat yang banyak juga, syarikat juga akan beri sumbangan dana untuk bina mesjid, surau dan sekolah agama rakyat, syarikat juga akan menyumbang dana untuk pengembangan agama islam.

Maknanya setiap sen yang kita belanjakan dengan perniagaan orang melayu orang islam akan kembali kepada orang melayu orang islam sendiri dalam berbagai bentuk.

Jadi kalau kita berbelanja untuk produk keluaran bukan islam maka setiap sen kita belanjakan turut membantu mengukuhkan perjuangan mereka dalam apa juga bidang. Kalau mereka minta derma untuk bina tokong, kuil atau gereja mustahil kita nak bagi tapi tanpa sedar kebanyakan kita orang melayu orang islam sebenarnya ada saham dalam pembinaan rumah2 ibadat bukan islam malah kita juga tanpa sedar menyumbang dana untuk pembangunan serta pengembangan agama mereka.

Pilih lah sendiri. Adakah anda nak menymbang dana untuk pembinaan MESJID, SURAU dan SEKOLAH AGAMA atau adakah anda nak menyumbang dana untuk pembinaan TOKONG, KUIL dan GEREJA.

WAHAI ORANG ISLAM, TANPA SEDAR ANDA SEBENARNYA MENJADI PENYUMBANG TETAP DANA UNTUK PEMBINAAN TOKONG, KUIL DAN GEREJA. Cukup lah sekarang ini bilangan Tokong, Kuil dan Gereja sudah melebihi bilangan Mesjid dan Surau. Buktinya bila mereka datang bersembahyang di rumah2 ibadat itu, tak lah sampai melimpah ruah sembahyang di kaki lima macam mana yang dialami oleh umat islam pada setiap kali bersolat Jumaat.

KITA SEBENARNYA MASIH KEKURANGAN MESJID atau KITA ADA MESJID TETAPI TAK CUKUP BESAR UNTUK MENAMPUNG BILANGAN JEMAAH YANG SEMAKIN RAMAI.

Saya sekadar mengingatkan saja. Tolong sedarkan yang lain2 juga.

Ana Muslim

Anonymous said...

Ini lah di katakana dan peringatkan selalu, tak faham2. mana ada sekarang package sebegitu murah. ,masaalh nya Imno juga kena tolong, tapi bila pangkah di peti undi, pangkah musibat pas , dapa dan pkr. Tak faham2 juga. Melayu kita kekadang dnak kena di ajar. Tpai bila dah tolong jadi kao orang kurang ajar. Tahniah Aziz. Bnayak dulu orang fitnah kat hang tapi hang tetap tabah, moga Allah menrahmati usaha kamu dan sehat walfiat untuk menolong orang yang tak pernah keang budi. Muga2 Allah memberi pahala besae utnuuk kamu. Insyallah.
orang lama 1957.

Anonymous said...

Puak puak tu pandai bersyukur ke ?

Anonymous said...

Hairan bin Ajaib orang2 Melayu ni, yang terkandas tu orang Melayu Malaysia, pada ana siapapun yang memerlukan bantuan jangan lah bekira sangat. Kita bantu orang yang mengalami musibah seperti d Pilipin, Indonesia n lain2 tempat adakah mereka itu undi UMNO atau PAS. Jadi lah pemimpin yang suka membantu rakyatnya sendiri tak kira bangsa atau pahaman politik.

Anonymous said...

Boleh bagi nama dan alamat syarikat yang menipu ini supaya orang ramai tahu dan tak lah tertipu lagi di masa depan. Dengar khabar syarikat besar... betul ker?

Anonymous said...

Boleh bagi nama dan alamat syarikat yang menipu ini supaya orang ramai tahu dan tak lah tertipu lagi di masa depan. Dengar khabar syarikat besar... betul ker?

Anonymous said...

Boleh bagi nama dan alamat syarikat yang menipu ini supaya orang ramai tahu dan tak lah tertipu lagi di masa depan. Dengar khabar syarikat besar... betul ker?