Saturday, June 7, 2014

Semakin Sakan PAS Bertikam Lidah Dengan DAP.....! Syukraaaan

Keceluparan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuduh cadangan pelaksanaan hukum hudud oleh PAS sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sof­ya Mohd. Daud dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini merupakan perbuatan tidak mengenang budi.

Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, DAP sepatutnya berterima kasih dan menghargai sumbangan dan bantuan yang diberikan ahli-ahli PAS yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi membantu kempen calon mereka dalam PRK itu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, PAS sebagai sekutu Pembangkang bersusah payah mengerah jentera parti termasuk mengarahkan kesemua ahlinya di 12 kawasan di Kelantan untuk melakukan gerak kerja di Teluk Intan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Gobind yang menuding satu jari kepada PAS, beliau perlu sedar empat jari lagi kena pada dia sendiri kerana DAP sepatutnya mengkaji punca sebenar kekalahan di Teluk Intan dan bukannya meletakkan kesalahan kepada orang lain.

"Terlalu banyak faktor kekalahan calon DAP yang mewakili pembangkang, Gobind kena hargai kerja kuat PAS kerana hampir ratusan ribu duit telah dihabiskan, kita amat kesal dengan kenyataan sebegini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

8 comments:

mae said...

Gaduh adik beradik aje tu takpe. Tapi kdg2 gaduh adik beradik pun boleh bunuh2.

MAZLAN OTHMAN said...

Apa hal pun kasih sayang PAS pada DAP tak kan berubah. Semua perbalahan ni lakonan je. Tengok lah PAS begitu semangat membantu kekasih dia DAP dalam PRK Bukit Gelugor dan Telok Intan baru baru ni
.

Anonymous said...

Ade DAP nk terima kasih? Masalah dgn PAS ni...masih x faham2 lgi perangai DAP secara umum. Walaupn telah disatukn oleh PKR (sbg org tgh).. utk meneutralkn skit perangai asal DAP... terkdg2 mmg perangai asal x leh tahan2. Akan kuar gk. Asal DAP...parti cina totok. Walaupn disertai oleh india sedikit. Sikap ego tinggi...pandang melayu bodoh dan rendah itu telah tersemat baik dlm diri ahli2 DAP. Kalau setakat nk berterima kasih tu...mmg berat sgt2. Paling aku heran....PAS yg telah lama berpolitik...xkn mende tu pn xdpt lihat. ERmm...mungkin tu le sbb bnyk org panggil/gelar PAS sbg parti keldai, bodoh bertingkat2. Bodoh bkn sbb asas perjuangan, tetapi cara tindakan2 parti itu sndiri. Mungkin sbb dendam yg begitu mendalam sgt2 terhdp UMNO..menyebabkn PAS jdi sebegini. Sehingga diperbodohkn DAP pn masih terhegeh2 mengharapkn persahabatan dgn DAP. Mungkin balasan terhdp PAS atas sikap memusuhi dan berdendam yg amat sgt terhdp sesama islam dlm UMNO.

Anonymous said...

Ini semua mainan puak peliwat ja. Skrip dah sedia. Hanya orang bodoh akan percaya.

Anonymous said...

Salam dan Alhamdulillah, Allah maha mengetahui. DAPigs sejenis kaum yang tidak ada belasan simpati atau rasa bersalah, tapi cuma ambil salah orang sahaja, tapi Pas,sentiasa tidak mahu faham apa yang DAPigs mahu, ingat lah, PAS. Keluar lah dari pkatan berdiri lah pada asas agama dan atas kaki sendiri, pada thaun2 yang dulu. Tapi apakan daya, uang ringgit punya hal PAS pejam mata. Jangan khianati diri sendiri dan agama dan bangsa. PAS akn pupus sebagiaman pupus nya dinasour. INGAT LAH....ISLAM, MELAYU ialh pedoman kita. Kita boleh berdiri teguh dan tegak kalu melyu dan agama bersatu. Insyallah...

Anonymous said...

Gobind jangan main main singh tau blame orang saja...... Jadi mp pun sebab bapak dia ketua dap. Tanya itu jangan main main singh, dap bila mau settle isu sama ROS...........

Anonymous said...

Dalam hal mcm nie datuk...jgn salahkan si Gobind...datuk tu yg bodoh...PAS lagi la seribu kali bodoh dgn bahalul siasi dgn DAP...korang garu bontot kurap DAP..kena kentut pon ko salah...mengentut pon ko salah...bau mmg busuk datuk...tapi depan orang ko kata wangi...belakang2 masing2 mengutuk bau busuk...sekurang2nya si Gobind nie seikhlas hati mengatakan PAS busuk...SOKLAN AKU SEBAGAI AHLI PARTI PAS YG DAH FEDUP LAA...KENTUT DAP SKRG BUSUK KA ATAU WANGI LAGI..DATUK?

Anonymous said...

Pandai lak main jari, selama Ni berapa byk hari yg depa dpt masa menghentam & memkafirkan org.