Saturday, June 14, 2014

Senang Sangat Nak Cuci Dosa.... Kau Ada?

"Saya tidak setuju kenyataan awak mengenai hudud." Itu antara kenyataan awal yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz ketika bertemu bekas calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Kota Bharu semalam.

Dyana Sofya hadir mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang melakukan kunjungan hormat ke atas Nik Abdul Aziz di pejabat beliau di Kompleks Kota Darulnaim.

Dalam pertemuan tersebut, bekas Menteri Besar itu turut menasihatkan Dyana Sofya supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa depan.

Menurut Dyana Sofya, selain isu hudud, Nik Abdul Aziz turut memberi nasihat dan panduan berguna untuk beliau terus survive dalam dunia politik seperti perlu mempunyai prinsip dan sering turun padang bertemu masyarakat.

Blog MIK : Nik Ajis cuma tegur sahaja.... Dia tak beri kata dua kepada DAP walaupun parti Chauvanist itu memperkotak-katik perjuangan PAS!

1 comment:

Anonymous said...

Dah uzur sgt dah, tapi dendam kesumat pada umno dan bn tak kunjung padam. Mungkin hingga akhir hayat. Asalkan ada pihak melawan umno tak kira setan ke dap, mesti disokong. Kesian nik aziz, masih ikut telunjuk setan walau dah terlalu uzur. Hai la nik aziz.....