Sunday, June 29, 2014

Siapa Pimpinan UMNO Wilayah Jadi Punca Neelofa Dah Berpisah Dengan Haans...??

Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa telah mendedahkan bahawa hubungannya dengan pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sudah berakhir sejak awal Februari lalu.

"Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.

"Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Pada masa sama, Neelofa atau nama mesranya Lofa berharap selepas ini tiada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Hans dibangkitkan.

"Kami mengambil keputusan untuk membawa hala tuju sendiri. Saya mengharapkan peminat dapat menghormati keputusan kami dan tidak memanjangkan isu ini dengan bertanyakan punca perpisahan memandangkan kami akhiri perhubungan kami secara matang dan ia adalah keputusan bersama.

"Biarlah Hans fokus kepada beberapa perancangannya dan apa yang penting saya ingin gunakan masa muda saya ini sepenuhnya kepada diri saya, kerja seni serta perniagaan saya."

6 comments:

Jebon Jenglot said...

Dia ni tgh kejar datuk wira sm faisal NAZA..dh tau org tu dh kawin sibuk kacau org tu

Anonymous said...

ooo ye ke? seb baik aku tak kaya sangat. letih ooo kena kejar artis. cantik gebu pulak tu... mampos aku nak lari mana.

Anonymous said...

Kalau betul pun apa salahnya
Sesama Islam

Anonymous said...

Eloklah tu, biar yang dikejar tidak dapat yang dikendung bercicitan!

Anonymous said...

Bukan ke noh omar

Anonymous said...

habis hans issac tak ada duit. pokai. kedekut pulak. kalau gi date asyik nak simpan duit.mana lofa nak tunggu lagi.