Tuesday, June 10, 2014

Steady...! Zahid Warning Kongsi Gelap Dengan Bookies Jangan Kacau PRK Teluk Intan


Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 31 Mei lalu disebabkan amaran yang diberikan kepada kumpulan kongsi gelap untuk tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, disebabkan amaran yang dikeluarkannya ketika kempen PRK itu, kumpulan kongsi gelap tidak berani campur tangan dalam proses pilihan raya di kerusi Parlimen tersebut.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya. Ahli Parlimen Bagan Datok itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlaku campur tangan kongsi gelap dalam pilihan raya sebelum ini.

"Mungkin itu yang dilakukan selama ini. Bookie, saya tahu ada yang beroperasi di Teluk Intan, Ipoh, Pulau Pinang," katanya, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.

PRK Teluk Intan menyaksikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong memenangi kerusi Parlimen itu menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

The Malaysia Insider

6 comments:

Anonymous said...

Jika menteri kata dia kenal semua ketua kongsi gelap,kenapa tak ambil tindakan? Kenapa gejala Ah Long bermaharajalela?

Anonymous said...

wakakakakaka

Spin paling best pernah dengar!

Masa PRU 13 lepas, apasal duduk diam-diam jer?

Ni nak PRU 14 nanti, jangan lupa bagi warning jugak tau?

Tak payah kempen langsung oleh BN. Bagi Amaran jer.

wakakakakakakakaka

tebing tinggi said...


Bermakna ,Zahid mengenali mereka-mereka ini.

Kira-kira ,Lu jangan kachau gua,Gua tak kachau lu .

Bagus betul.

Anonymous said...

Apa dah jadi dengan Negara kita nie? Semua perkara diperjudikan. Semua taktik jahat yang menyalahi undang2 digunapakai untuk mencapai matlamat. Budaya ganas, black mail, harassment menjadi-jadi. Rakyat want put a stop tp all these.

Anonymous said...

ckp mcm hero...peeerraahh

berasiam said...

dalam darah cina memang ada gen judi. kalau kkm analisis pun, mungkin boleh jumpa dna judi dalam darah cina. sebab tu cina dan judi tidak dapat dipisahkan.

kalau orang melayu ada saka rimau dan buaya, orang cina ada saka judi. tak judi tak jadi.

zahid kenal semua muka-muka kongsi gelap? kenal setakat mana tu zahid. bau-bau nyior ker?