Tuesday, June 3, 2014

UMNO Tak Tegas...? Hanya Surat Tunjuk Sebab Untuk Ibu Dyana Sofya...? Kenapa Ahli UMNO Bertanding Bebas Terus Dipecat...??

Kenapa UMNO tak tegas...??
 
Apakah ada keistimewaan buat Yammy Samat ibu kepada calon DAP pada PRK Teluk Intan...?

Sebagai ahli UMNO, Yammy telah bekerjasama dengan juak juak chauvinist komunis pimpinan DAP...
 
Ibu kepada Dyana tidak berada bersama jentera UMNO BN untuk PRK Teluk Intan. Sebaliknya Yammy begitu ranggi dan sombong duduk satu meja dengan juak juak murahan Pakatan Pembangkang....


Kesimpulannya, dosa dan kasalahan yang dilakukan oleh Yammy Samat adalah sama besarnya dengan kesalahan mana mana ahli UMNO yang bertindak untuk bertanding sebagai calon Bebas sewaktu mana mana pilihanraya, samada PRK ataupun PRU.

Mereka yang bertanding sebagai Calon Bebas dianggap "pengkhianat" kerana menentang calon dan jentera BN-UMNO.
 
Apakah Yammy bukan pengkhianat...? Ibu Dyana ini bekerja kuat untuk calon DAP iaitu pihak lawan BN, apakah tidak sama dosa dan kesalahannya dengan ahli ahli UMNO yang pernah bertanding sebagai calon Bebas...?

Sebaik sahaja selesai proses penamaan calom Pilihanraya Umum ke 13 tahun 2013, UMNO terus pecat mana mana ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas....!

Hari ini alangkah lembutnya hati pimpinan UMNO hanya mengarahkan Yammy Samat berikan surat tunjuk sebab....

Alahai UMNO!

14 comments:

Anonymous said...

Duduk sebelah LKS dikira pengkhianat la tu.

berasiam said...

kenyataan sua umno pun nampak janggal. dikatakan kes ini akan terus dibawa ke pengetahuan majlis tertinggi. bukankah lembaga disiplin yang akan menangani kes seperti ini? lembaga disiplin akan mencadangkan tindakan dan majlis tertinggi akan memutuskannya. sebarang rayuan juga akan dipertimbangkan oleh majlis tertinggi.

tapi umno kan parti yang boleh buat suka hati sahaja tanpa mengambil kira perlembagaannya. banyak yang telah disingkirkan diterima semula. perlembagaan sebut kalau dipecat, seumur hidup tidak akan diterima semula. yang lebih tinggi daripada perlembagaan ialah perhimpunan agung tahunan. kalau nak terima semua ahli yang dipecat, kenalah diusul dan diluluskan pada perhimpunan agung tahunan. tak gitu caranya.

umno suka terima pembelot dan beri keistimewaan kepada pembelot. contohnya ezam enam kotak. banyak lagi yang lain. kerajaan pun sama juga coraknya. yang ahli umno setia hanya berputih mata. nak buat apa, peruntukan pilihanraya pun kena potong bertingkek-tingkek.

bukan sahaja tak tegas tetapi menyusukan kera di hutan, itulah umno.

Anonymous said...

Dah jadi pengecut pemimpin UMNO ni...jaga jaga jangan sampai penyokong tegar UMNO yang akan menghukum pemimpin UMNO...baru kamu tahu langit tu tinggi ke rendah..ini adalah ingatan

Anonymous said...

Kecewa btoi aq dgn lembaga displin umno ni.....apa kejadahnya ni..dah sah2 jadi barua DAP pon nk simpan lagi ka....

Pak Kadiaq said...

sabar le.. proses pemecatan akan berlaku juga.. si yummy ni memang sah2 belot!

p/s: meluat aku tengok dia tersengih sampai ke telinga tu. masa tu dia tengah dok fikir anak dia akan jadi MP le!

Anonymous said...

Double standard punyer tindakan....entah apa la yg takut sgt tuuu.....kesian umno....baculnya pendekar2 umno...makin melingkup laa umno....

Anonymous said...

Double standard punyer tindakan....entah apa la yg takut sgt tuuu.....kesian umno....baculnya pendekar2 umno...makin melingkup laa umno....

salim hasan said...

sebenar nya dia lebih kuat pengkhianatan nya .Yg dok bertanding calun bebas takat khioanat parti saja.Tapi dia ni sekaligus khianat parti dan bangsa

bluk said...

ad la 2 rahsia2 umno yg dy pegg smpi lunak sgt nk amik tindakn.tgk riak confident dy ms pc ngn dap pon da tau dy skit pon xgoyang ngn umno

Anonymous said...

bila aku nengok muka si yammy tu serupa muka babi lks.....khakk pthuiii..!!!!!

KZSO said...

Hmmmm...adakah sebab Yammy ada anak dara yang cun? Atau sekadar lakonan wayang kelas tinggi umno sahaja? Atau apakah ada adegan tersirat dalam hal ini?

Jack said...

Rileks la beb! Nak pecat kena la bagi surat tunjuk sebab dulu. Ini parti demokrasi. Bukan parti anak beranak macam dapig pgayr tu. Jangan bimbang. Dia sure kena pecat punya.

A Amin said...

Tiada beza pecat atau surat tunjuk Sebab, yang perlu diambil berat adalah kenapa ini boleh berlaku dan Macam mana untuk mengatasi dimana depan agar tidak berulang. Apa UMNO dapat dengan memecat? sekadar menunjuk kebenaran itu sahaja tetapi UMNO tetap hilang undi. Ada kalanya kita perlu ingat selalu mengambil vitamin berlebihan pun tidak bagus pada diri.

Anonymous said...

Muka limkitsiang tu patutnya diludah kerana dialah pencetus 13 Mei 1969.