Saturday, June 14, 2014

WAJIB Baca...! Apakah Benar Majlis Tertinggi UMNO Tidur Lena Ketika Hak Orang Melayu Tergugat...?

Didalam PRU-12 pada 08.03.2008, parti BN dibawah kepimpinan Pak Lah hanya mendapat 140 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, namun buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga.

Pak Lah 'dinasihatkan' supaya meletak jawatan pada 04.04.2009.

Dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib dengan slogan 1-Malaysia, BN memasuki PRU-13 dengan keyakinan akan dapat mengambil semula Selangor, Perak dan Kedah, dan mungkin mendapat semula majoriti dua pertiga. Begitu keyakinan Bilik Perang BN dalam PRU-13.

Sebaliknya bukan sahaja tidak mendapat dua pertiga, BN hilang 7 lagi kerusi dengan mendapat 133 kerusi. Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan, buat pertama kalinya BN tidak mendapat undi popular.

Sebaliknya Pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat 52% undi popular.

BN bernasib baik kerana Malaysia mengamalkan sistem Pilihanraya first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat kerusi paling banyak melebihi 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan.

Walaupun BN kehilangan lagi beberapa kerusi, tidak berlaku gelombang penentangan dalaman UMNO. Ini adalah kerana UMNO sendiri mendapat penambahahan kerusi daripada 81 (dalam PRU-12) ke 88 bagi PRU-13.

Kehilangan tambahan 7 kerusi dan kehilangan undi popular dituding kepada Tsunami Cina, iaitu penolakan hampir total oleh pengundi Cina terhadap BN. 

Sekali lagi umat Melayu-Islam telah menyelamatkan UMNO-BN dengan memberi sokongan sekaligus menambahkan kerusi UMNO.

Dalam senario itu, kita sudah pasti meletakkan harapan Kerajaan UMNO-BN akan membalas jasa umat Melayu-Islam dengan penggubalan dasar yang akan memperkasa dan memartabat institusi Melayu-Islam.

Jadi apabila beberapa kerat pelampau perkauman dan cauvinis agama yang menduduki kerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional mengemukakan deraf Rang Undang-Undang ini kepada Kerajaan, timbul keresahan dikalangan umat Melayu-Islam.

Ini adalah kerana setelah diteliti, deraf tersebut tidak ada bezanya dari segi semangat, implikasi dan kesannya sebagaimana piagam Malayan Union yang di usulkan oleh penjajah British pada tahun 1946.

Malah kesannya lebih parah dan serius daripada piagam Malayan Union!

Ini kerana deraf RUU ini memberi kesan negatif secara langsung dan tidak langsung kepada institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu.

Dan bila terbongkar dalang deraf RUU tersebut adalah ciptaan dan rekaan Bar Council, persoalan besar timbul dikalangan umat Melayu-Islam ialah, adakah pemimpin Melayu sedang tidur lena...?

Adakah budi umat Melayu-Islam dalam PRU-13 dibalas dengan tuba...? Adakah umat Melayu-Islam sedang dikhianati...?

Teruskan membaca di SINI

8 comments:

Anonymous said...

Sebab itulah aku dok kata UMNO sekarang dibawah pimpinan Najib adalah pengkhianat bangsa Melayu.Buat apa undi UMNO lagi.Lebih baik undi DAP.Orang Melayu memang bodoh-baik dari UMNO atau PAS. Dua2 sedang musnahkan bangsa sendiri.PKR lah yang terbaik kerana masih menjaga kepentingan orang Melayu.Itulah "Transformasi" Najib-Cina DiAgungkan Melayu di Tindas.

Anonymous said...

BUKAN TIDO TP RAMAI KAKI MABUK A.K.A KAKI BOTOL... TU PSL TAK SEMPAT PUN NAK PIKIR PSL MELAYU ISLAM..

abdullahripain omar said...

nak buat lagu mana pak mimpin umno kelihatan koho nanar dalam bertindak mace tok ado stratiji dan tak ada tektik dalam bertindak. paka ikut dan buat kijo ikut sir tkdir. kalu kapal macam juruarah hak gilo.tunggulah kito pakat tengok apa nak jadi.

Anonymous said...

memang tidur lena setelah makan terlalu kenyang nasi minyak pak najib..orang kampung pun sekarang dah terlena juga dengan sajian nasi goreng kampung pak najib yang bakal melemahkan tubuh orang melayu..

Anonymous said...

SEMANGAT ZERO.
PERGIERHIMPUNAN, CAKAP BERKOBAR 2.
BALIK SENYAP. TAKADA APA APA.
UMNO SEMAKIN EMAH.
CINA MAKIN ERANINDEMANDITUNAN II.
UMNO MENGAKAH.
DI MAKI PUN TEIMA.
QUALITY TAK ADA.
UMNO.........A SLOW DEATH, HASIL PERJUANGAN LIBERALISM AND OPENNESS.
UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN UNTUK MELAYU..


Anonymous said...

Ya memang tepat sekali " Orang Melayu Berbudi Kepada Umno Tetapi Telah Dibalas Dengan Tuba "

Tidak kah anda menyesal kerana mengundi parti Umno dalam PRU 13 ?

Tidak kah anda kesal tak sudah sudah kerana Umno yang diharapkan menjaga kepentingan melayu, agama islam dan raja melayu akhirnya hanyut dan akur kepada tuntutan bukan melayu ?

Tidak kah anda perasan semenjak tidak ada lagi ISA, bukan melayu semakin berani mencabar melayu, agama islam dan raja melayu ? Sedangkan sewaktu ISA ada, tidak terjadi keadaan seperti ini.

Sekarang kerajaan Najib mahu memansuhkan Akta Hasutan pula ? Bukan mustahil selepas berjaya memansuhkan Akta Hasutan puak ultra kiasu akan mendesak Najib memansuhkan Hak Keistimewaan Orang Melayu.

Adakah Najib membela melayu ? Adakah pemimpin Umno membela melayu ? Susu Kita Berikan, Tuba Mereka Balas.

Adakah anda bersetuju dengan saya " JIKA BUKAN KERANA UNDI MELAYU SEMASA PRU 13, UMNO PASTI TUMBANG & NAJIB BUKAN PM PADA HARI INI ".

Anonymous said...

DAP lagi bahaya bro...sekali dia pgg xkan lepas lg nk jd mcm singspore ke ape.!

Anonymous said...

saya dan famili tidak pernah mengundi umno/bn...
semoga Islam mentadbir tanahair trcinta ini..