Tuesday, July 22, 2014

Anwar Tunggang Bini Heret Rakyat Selangor Selesai Masalah PKR... Najib Pula Gegarkan Dunia Berjaya Dalam Rundingan Dengan Kepala Pemisah Ukraine.

Sepuluh malam terakhir Ramadhan, umat islam bermunajat dan mencari Lailatul Qadr......

Diantara malam yang mulia ini Allah swt bukakan hijab kita untuk melihat dan saksikan sendiri keputusannya apa yang telah dilakukan oleh dua watak berbeza pemimpin dalam negara kita. Iya dua watak yang sangat berbeza ibarat bumi dan langit, ibarat malam dan siang..... jauh sangat bezanya!

Anwar Ibrahim yang rakus, gelojoh dan haloba telah membuat dunia ketawa melihat gelagat bangangnya menunggang isterinya untuk mengheret rakyat Selangor terpalit menyelsaikan masalah dalam kain PKR.

Sementara itu, seluruh dunia bangun dan memberikan 'standing ovation' kepada YAB Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak....!


Wan Azizah yang bodoh dan biol mahu dijadikan Menteri Besar di negeri Selangor....?

Kerja gila Anwar yang hanya pentingkan dirinya sendiri. Apakah Anwar sengaja mahu menguji kesabaran pihak istana dan DYMM Sultan Selangor...?

Sementara itu dipentas dunia pula, New York Times mengulas kejayaan Najib berunding dengan pemisah Ukraine untuk serah mayat dan kotak hitam MH17 sesuatu yang gagal dicapai mana mana negara negara lebih berkuasa.

Kisah YAB PM kita berunding dan capai persetujuan dengan Ketua Pemisah Ukraine, Alexander Borodai juga disiar meluas di pelbagai media antarabangsa.

Jika semua berjalan lancar soal mayat penumpang MH17, dua kotak hitam dan laluan selamat untuk siasat nahas ada jalan penyelesaian setelah melalui detik yang tidak menentu sejak ia terhempas di wilayah dikuasai pemisah Ukraine pada Khamis lalu.

Akhirnya..., malam tadi Najib dapat bercakap sendiri menerusi telefon dengan taiko utama kumpulan pemisah Ukraine, Alexander Borodai (gambar bawah, ditengah sedang telefon, dikelilingi pengawalnya) .

Hasil perbualan itu mereka telah mencapai satu asas tiga persetujuan mengenai mayat-mayat penumpang MH17, dua kotak hitam pesawat itu dan laluan selamat untuk siasat kawasan nahas.

Dalam sidang akhbar lewat Isnin malam itu, Najib berkata kesemua 282 mayat yang kini berada di Torez, dalam kawasan puak pemisah, akan diserahkan kepada wakil dari Belanda.

Katanya dari Torez keretapi akan membawa mayat-mayat itu ke Kharkiv, bandar dikuasai kerajaan Ukraine.

Keretapi itu akan bertolak malam ini, waktu Ukraine dengan diiringi oleh enam wakil pasukan penyelamat Malaysia.

Perdana Menteri kata ia kemudiannya akan diterbangkan ke Amsterdam mengunakan pesawat Hercules C130 Belanda.

Selepas urusan forensik di situ,mayat-mayat penumpang dan anak kapal rakyat Malaysia akan dibawa pulang.

Kata Najib mengenai dua kotak hitam MH17, pada jam 9 malam ini waktu Ukraine ia akan diserahkan kepada pasukan dari Malaysia di Donetsk yakni bandar utama dikuasai pemisah.

Menurut Perdana Menteri penyiasat antarabangsa akan dijamin laluan selamat untuk membuat siasatan menyeluruh.

Beliau menjelaskan sekalipun persetujuan ini dicapai ada beberapa butiran dan langkah perlu dibereskan.

Najib menyeru semua pihak berkerjasama rapat untuk memastikan persetujuan ini dihormati.
 
Ini bagi membolehkan mayat rakyat Malaysia dikembalikan,kotak hitam diserahkan dan team penyiasat dapat masuk ke kawasan nahas.

Perdana Menteri juga menjelaskan beliau terpaksa memendam rasa sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Katanya ada kalanya beliau ingin menyuarakan rasa marah dan pedih yang dirasainya bersama rakyat Malaysia.

"Namun ada kala kita mesti berkerja secara diam demi untuk mencapai hasil yang baik," katanya

[Agenda Daily]

Ketika seluruh negara kita sedang bersedih dengan tragedi nahas pesawat MH17, YAB Datuk Seri Najib tidak meletakkan sebarang kepentingan peribadi sebagai agenda utama beliau....!

Tetapi lihatlah gelagat Anwar.....

12 comments:

Anonymous said...

Nak kata apa bro admin...itulah dia Bang Non yang dok dijulang2 bagai oleh juka2 kerja penyokongnya... ...Anugerah Tuhan ler katerkan (kate ko)....alih2 sibuk2...ribut dalam cawan sendiri ja PKR ni....jaguh kampong...menjerit melolong alih2 x dak hasil....ptuihhhh!!!!....

Anonymous said...

Najib tak cukup tidur 2 hari tu yang aku tergelak tu
nak bohong pun agak2 la Najib

Anonymous said...

Dengaq2 nya Khalid Ibrahim akan bubarkan DUN Selangor untuk kembalikan kuasa kepada rakyat, betul ke

Anonymous said...

Rakyat Selangor suka diperkotakatiikan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu2 jahatnya...apa boleh buat, ramai yang tengah sayang.

Nak pilihanraya kecil dapat, nak bini jadi MB dapat...ikut je lah. Demokrasilah namanya...

Anonymous said...

Kepala hotak kau Najib Berjaya dlm nahas MH17, sampai hari ini kita belum dapat motif nahas MH370dan 17, dan ia akan berlaku lagi.

Anonymous said...

Najib gegar dunia dengan 2 nahas yg tak pernah berlaku, tunggu je yg ketiga.

Anonymous said...

inilah Lailatulqadar yg ALLAH berikan kepada kita rakyat malaysia dan juga kpd Datuk Najib selaku pemimpin utama negara Malaysia.to Rakyat N.selangor yg nak dpt MB baru anda dpr bala yg ALLAh berikan kpd kamu not Lailatulqadar.

Anonymous said...

inilah Lailatulqadar yg ALLAH berikan kepada kita rakyat malaysia dan juga kpd Datuk Najib selaku pemimpin utama negara Malaysia.to Rakyat N.selangor yg nak dpt MB baru anda dpr bala yg ALLAh berikan kpd kamu not Lailatulqadar.

Anonymous said...

Selagi dajjal tu tidak masuk sg buluh, selagi tu lah bala yg didalangi zionis datang mencurah2.

Anonymous said...

Kalau betul macam mana...!

Anonymous said...

Bala hasil kaum sodom...
kaum yg Allah musnah bagai daun2 kering..
Selagi ada kat malaysia ni..
semua akan kena tempias nya...

Anonymous said...

Tuduh org liwat tanpa bukti dan saksi ni bagus ke? Baru je berhari raya fitrah.. adakah diri tu dah fitrah skrg walau asyik suka fitnah..