Wednesday, July 30, 2014

Apabila Mesej Whatsapp Dr Zuhdi Mahukan PAS Bersama UMNO Bikin DAP Terkencing..., UMNO Selangor Masih Leka Makan Ketupat Dan Rendang...?

Dalam kekalutan perang dingin PKR berebut jawatan MB Selangor, tiba tiba terdedah pula kisah satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatsapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan UMNO.

Beliau, seorang Pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan UMNO, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS Pusat.

Dr Zuhdi adalah Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS. Beliau juga seorang pensyarah..., membuat analisa mengenai nasib PAS bersama DAP dan PKR! Sudah terang lagi bersuluh.....

Terkini, Zuhdi menerusi tulisan pada laman Facebooknya menyeru agar Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga Pilihanraya akan datang.

Tegasnya, ia selaras dengan satu hadis Nabi yang menyeru umat Islam mentaati pemimpin "selagi tidak disuruh kepada maksiat".

"Demikian juga dalam kes Khalid Ibrahim, mari kita jadikan hadith itu panduan.
Apakah apabila Dr Zuhdi sengaja sebut "selagi Khalid tak suruh buat maksiat" itu sebenarnya beliau menyindir Anwar Ibrahim....??

 
 

No comments: