Friday, July 4, 2014

Apabila Rozita Che Wan Dah Bertudung JANGAN Ikut Perangai Wardina Safiyah....!!

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Norani Mohd. Hashim memberitahu bantuan yang diterima orang kurang upaya (OKU) di negara ini tidak sepatutnya dibandingkan dengan negara lain.

Menurutnya, bantuan yang diberikan kepada OKU mengikut kemampuan dan budaya negara ini.

"Saya rasa kita tak boleh nak bandingkan Australia dengan Malaysia.

"Kita ikutlah kemampuan dan budaya kita. Australia itu Australia lah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan personaliti TV terkenal, Wardina Saffiyah yang mempertikai bantuan yang diterima OKU di negara ini dan mengambil Austalia sebagai contoh.

Dalam sidang media sama, Norani memberitahu, kerajaan terus menghulurkan bantuan kepada golongan OKU termasuk badan bukan kerjaan (NGO) yang menyediakan perkhidmatan kepada golongan tersebut.

"Selain daripada kita beri bantuan kepada OKU, kita juga beri kepada NGO yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU kerana kerajaan beri geran tahunan kepada NGO ini untuk membantu.

"Kita cuba beri yang terbaik. Mungkin orang luar ada yang tidak tahu," katanya. Setakat akhir Disember tahun lalu, sebanyak 131,000 OKU telah menerima bantuan.

7 comments:

Anonymous said...

wardina tentulah ranggi, penuh perasan kerana dia anak orang putih berpangkat pulak, emaknya cantik maklum keturunan indon. seperti yang pernah ditulis oleh sebuah media, wardina kata emaknya cantik, kalau tak takkan profeser Australia tu nak. rozita che wan pun sangat cantik walau tak campur darah mat saleh. tapi che ta ni tak ranggi. apa apa pun hujan batu di negeri sendiri, tetap nak tinggal di Malaysia.

Anonymous said...

Apa kata wardina..balik Acheh..tenguk OKU kat sana dan bandingkan dgn kebajikan yg kerajaan malaysia lakukan..lepas tu baru bercakap..ok tak

Anonymous said...

Tolong jawab kat menteri. Negara mahu yang banyak memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat. Dari mana kerajaan dapat banyak duit, dari cukai yang dikenakan keatas rakyat. Setengah negara mengenakan cukai sehingga 40%. GST pun kena. Rakyat Malaysia cukai rendah GST rendah itu pun bising. Ingat hasil jualan minyak untuk bayar bantuan rakyat tak cukup.

Anonymous said...

Terok sangat ke perangai Wardina / Bagi aku dalam banyak artis aku kira dia yang paling ok.

reaper said...

Ok atau tak ok klu nak bercakap kena berfikir. Takkan kita nak buka pekung kat badan sendiri. Sepatutnya kita sbgai rakyat malaysia kena sama sama berfikir bagaimana cara kita boleh bantu mereka yg tidak bernasib baik ini.

Anonymous said...

rendah nya mentaliti...apabila org tegur dah naik angin ...nak suruh balik achehlah pulak....open minded lah sikit...

Anonymous said...

rendah nya mentaliti...apabila org tegur dah naik angin ...nak suruh balik achehlah pulak....open minded lah sikit...