Saturday, July 26, 2014

Azeez Rahim Bersama Kelab Putera 1 Malaysia Akan Berangkat GAZA


‎Sedang berlangsung sekarang ini Sidang Media di pejabat urusan Kelab Putera 1 Malaysia Jalan Kg Attap Kuala Lumpur.

Pengerusi KP1M Datuk Seri Azeez Rahim membuat pengumuman beliau akan mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada awal bulan Ogos 2014.

Menurut Azeez delegasi kali ini adalah seramai 65 orang terdiri daripada para doktor pakar, pasukan media, dan sukarelawan. Beberapa syarikat telah membekalkan peralatan seperti jaket kalis peluru, topi keselamatan kalis peluru dan boot keselamatan untuk petugas yang akan berangkat ke Gaza.

Turut hadir ke sidang media ini adalah His Excellency Dr Anuar merupakan Duta Palestine di Malaysia. Pada foto diatas beliau yang duduk disebelah kiri Azeez.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

1 comment:

Self-Hypnosis said...

Semoga semua orang yang pergi akan kembali dengan selamat ke Malaysia.