Wednesday, July 9, 2014

Hasan Malek Tak Paham Tugas Sendiri...? Sepatutnya Hasan Tangkap Pencuri... TETAPI

Apalah nasib YAB Datuk Sri Najib dapat Menteri seperti Hasan Malek.....

Sepatutnya dalam isu membenteras penyamun penyamun dan penyangak yang membedal subsidi minyak, sebagai Menteri KPDNKK beliau kenalah tangkap penyamun!

Tetapi dalam menangani isu ini nampaknya Hasan Malek kurang bijak dan tidak cerdik... Beliau dilihat lebih suka untuk menyusahkan rakyat.

Terdengar ura-ura KPDNKK akan merombak semua sistem subsidi sedia ada dan memperkenalkan kad-kad minyak untuk kelas-kelas tertentu. Kononnya kad-kad subsidi tersebut akan mengurangkan ketirisan petrol subsidi dan hanya golongan berkelayakan sahaja yang akan menikmatinya.

Suka atau tidak, sebenarnya semua sistem yang diperkatakan itu hanyalah KARUT SEMATA-MATA!

Semua sistem ini muncul apabila Special Task Force mula mengerjakan golongan berkepentingan yang mengaut keuntungan ratusan juta bahkan berbilion Ringgit setiap tahun hasil daripada penyeludupan dan penyalahgunaan status  bagi mendapatkan minyak bersubsidi untuk dijual kepada perusahaan.

Ada banyak perkara yang ditimbulkan berbanding penyelesaian berhubung sistem baru yang bakal diperkenalkan kepada rakyat.

Baca seterusnya di SINI

1 comment:

usin said...

Lain Bengkak Lain Bernanah.