Wednesday, July 30, 2014

Khalid Ibrahim Tak Setuju Guna Wang Rakyat Selangor Beli SPLASH 10 Kali Ganda Dari Harga Asal... Itu Punca Anwar Nak Tukar MB Baru...?

Keengganan Khalid Ibrahim untuk menuruti kehendak dan suruhan Anwar Ibrahim, menyebabkan Ketua Umum PKR itu berang. Bersama-sama Rafizi Ramli yang diketahui cukup cekap dalam bab-bab MENGAMBIL UPAH dan MENGIRA KOMISYEN, mereka menggerakkan KAJANG MOVE untuk menggulingkan Khalid Ibrahim bagi digantikan dengan Wan Azizah.

Sebelum ini, telah didedahkan pertemuan sulit yang diatur oleh Anwar Ibrahim melibatkan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah yang merupakan pemegang 30 peratus saham SPLASH dengan Khalid Ibrahim untuk memastikan transaksi tersebut berjaya.

Sudah tentulah, Khalid Ibrahim tidak bersetuju untuk menggunakan wang rakyat Selangor untuk membeli SPLASH pada 10 kali ganda harga asal yang ditawarkan. Apatah lagi, Khalid juga tahu, lebihan pembayaran tersebut sebenarnya akan pergi kepada Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang mengatur transaksi tersebut.

Justeru, timbul desakan agar Anwar Ibrahim menjawab serta menjelaskan perkara sebenarnya. Walaupun ramai juga tahu, Anwar Ibrahim tidak akan mengaku atau bercakap benar, tetapi dia perlu juga bersuara, memandangkan dalam hal ini, memang dia terlibat secara langsung....

Baca seterusnnya, di SINI.

3 comments:

Audio Hypnosis Tarikan Rezeki said...

Jujur betul TS Khalid.

Anonymous said...

Boss PKR kaki songlap duit rupa2nya.

Anonymous said...

Uweeeekkk... tiba2 Rasa loya pula...