Friday, July 11, 2014

Najib Kata Kesudian Khalid Hadir Berbuka Puasa Satu Petanda Baik......

Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib turut berterima kasih kepada halid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini  petang semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

"Ini satu petanda baik, saya kira" kata Najib semalam, merujuk kepada kehadiran Khalid Ibrahim ke majlis tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah...melayu perlu berbaik dgn melayu...tinggalkan penegak komunis