Thursday, July 10, 2014

Nak Tanya...! Zahid Hamidi Pernah Beri Kuasa Kepada JAKIM Bertindak Keatas Mat Sabu Kerana SYIAH.... Apa Dah Jadi...??

Nampaknya masa berlalu pergi sudah lebih enam bulan lamanya.....

Pada ucapan penggulungan selaku Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN telah "menggegarkan" Dewan Merdeka PWTC pada petang 7hb Disember 2013, beliau dengan lantang telah membuat satu pendedahan eksklusif.

Segala kata kata Zahid didengar dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia secara langsung dari PWTC yang mendakwa pihaknya mengetahui bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.


Seterusnya Zahid berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara.





Selesai sahaja pendedahan panas tersebut, ramai yang ternanti-nanti bilakah Mat Sabu akan ditahan kerana amalan ajaran SYIAH sangat sangat merbahaya buat ummah dalam negara kita. Sepertimana Zahid sendiri sebut, ianya soal keselamatan negara!

Pada tanggal 12hb Disember 2013, KSU Kementerian Dalam Negeri iaitu Datuk Rahim Mohamad Radzi telah mengadakan satu sidang media mengesahkan apa yang didedahkan oleh Zahid Hamidi mengenai Mat Sabu.





Tetapi sampai ke hari ini isunya senyap sahaja! Apa sudah jadi....?

Kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil sedangkan yang mendedahkan perkara ini bukannya penjual ikan di pasar borong, bukannya tukang cuci kereta...., bukannya penggembala kambing di kampong.....

TETAPI yang mendedahkan ini semua adalah seorang Menteri KDN.

Apa sudah jadi dengan cadangan Zahid menubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat dibawah kerjasama KDN dengan JAKIM untuk membenteras ajaran sesat dalam negara ini....?

Blogger MIK sekadar mahu tahu dan hanya bertanya sahaja.... Apa sudah jadi dengan pukulan kompang yang bergema suatu ketika dahulu untuk tangkap pemimpin SYIAH...??

Menteri KDN sendiri yang sebut "Ini Soal Keselamatan Negara"

9 comments:

Anonymous said...

Hangat2 tahi kambing!

Anonymous said...

Penyakit Menteri Amaran dah berjangkit agaknya.

Adakah ia akan berjangkit pada semua anngota cabinet ?

Anonymous said...

piiiraaah zahidhamidi ni tin kosonggg cakap besa pasal nak menang bertanding naib presiden. sebenaunyer zahid penakut jugak!! lebih teruk dari menteri amaran dulu

Anonymous said...

piiiraaah zahidhamidi ni tin kosonggg cakap besa pasal nak menang bertanding naib presiden. sebenaunyer zahid penakut jugak!! lebih teruk dari menteri amaran dulu

Anonymous said...

piiiraaah zahidhamidi ni tin kosonggg cakap besa pasal nak menang bertanding naib presiden. sebenaunyer zahid penakut jugak!! lebih teruk dari menteri amaran dulu

Anonymous said...

Dah tercapai meraih undi kat persidangan. Yang kau bising karang buat apa?

Tu lah cara berpolitik. Demi Agama, Bangsa Dan Negara.

Sendiri kena diperbodohkan, diam saje ler.

Anonymous said...

Tak blh pakai.ckp degar2 tp habuk pun tarak.nak jwtn punya psl.mcm ni ke tempat org melayu nak bergantung harap.....

Pi mampoih lg baik la. ....

Anonymous said...

Zahid Hamidi acah je kata Mat Sabu Syiah manakala Mat Sabu terang terang adalah Melayu Sunni yg hanya kagum dgn kebolehan Ayatollah, maka keputusannya Mat Sabu TAK SALAH.

Lagi satu perkara seram bagi anjing2 UMNO ialah , kalau hujah terlebih sikit dlm isu Syiah, nanti pula orang2 PETRONAS di Iraq and Iran akan dipancung kepala mrk jadi jaga2lah. Inikan ada ramai org2 Iran yg sengaja ditangkap di penjara2 Msia, suatu masa nanti org2 UMNO akan dijadikan tebusan sekiranya org2 Syiah tidak dilepaskan nanti, ini tunggu masa je.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO semuanya tak de teloq.Berani nak ambil tindakan atas ahli UMNO saja.Sebab itulah UMNo digelar celaka.