Monday, July 7, 2014

Tim Krul The Right And Winnable Candidate...! Najib-UMNO Harus Contohi Taktik Van Gaal Jurulatih Holland Untuk Menang Ketika Hampir Tewas.....

Pada awal subuh semalam seluruh rakyat Malaysia menyaksikan dengan penuh debar perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 diantara Holland lawan Costa Rica.

Iya..! Perlawanan penuh debar yang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti setelah terikat dengan kedudukan 0-0 apabila tamat masa tambahan menelan masa sepanjang 120 minit tempoh sepenuhnya perlawanan.

Foto diatas menyaksikan kecekapan penjaga gol Holland, Tim Krul berjaya menepis sepakan penalti pemain Costa Rica, Michael Umana. Kejayaan Krul adalah yang kedua dimana sebelum itu beliau juga berjaya menyelamatkan satu lagi sepakan penalti oleh Bryan Ruiz.

Sebaik sahaja Krul berjaya meneyelamatkan sepakan penalti Umana, keputusan mutlak memihak kepada Holland diumumkan menang berjaya tewaskan Costa Rica dengan jaringan 4 - 3 untuk melangkahkan kaki ke perlawanan separuh akhir menentang Argentina pada 9 Julai nanti.

Blog MIK memuji setinggi-tingginya kebijaksanaan taktik dan keputusan bijak jurulatih Holland, Louis van Gaal. Beliau membuat satu keputusan besar untuk menggantikan penjaga gol Holland pada minit ke 119 disaat saat akhir perlawanan sebelum bermulanya penentuan sepakan penalti.

Van Gaal membawa masuk Tim Krul menggantikan penjaga gol Jasper Cillissen. Ramai peminat bolasepak sedia maklum Krul mempunyai kepakaran untuk berhadapan dengan sebarang sepakan penalti cuma Krul kurang menyerlah pada field game maka itulah sebabnya beliau diletakkan dibangku simpanan.

Tahniah buat pasukan Holland....!!

Tak keterlaluan jika diumumkan perlawanan Holland lawan Costa Rica adalah Match Of The World Cup 2014. Penuh debaran dan saspens....

Holland sememangnya layak untuk menang kerana skuad bimbingan Van Gaal ini lebih banyak menguasai perlawanan berbanding dengan Costa Rica.

Tiang gol dan palang gol pasukan Costa Rica telah beberapa kali menjadi penyelamat pasukan itu dari beberapa percubaan yang dihasilkan dari rangkaian serangan Van Persie, Wesley Sneijder dan Arjen Roben.



5 comments:

Anonymous said...

Saya tidak faman apa maksud, tiktik Van Gaal menukarkan penjaga gol di saat saat akhir perlawanan patut dicontohi Najib?

Apa persamaannya dengan situasi Najib yang tinggal 'nyawa nyawa ikan' dengan tektik Van Gaal?

Siapa 'penjaga gol' dalam UMNO/BN yang patut ditukar Najib? Siapa pula 'penjaga gol' yang perlu digunakannya?

Itu pun kalau Najib bijak berbuat demikian!

berasiam said...

najib umno suka buat pilihan pada saat akhir. calon tak boleh ditonjolkan lebih awal kerana khuatir disabotaj oleh pihak lain. bila nak pilihanraya baru buat pemilihan calon. budak spm pun dikatakan lawyer, najib akur aja. jangan kata penalti, sepak dari tengah padang pun boleh masuk gawang.

Anonymous said...

Nasib baik bola terkena tiang jew...nasib menyebelahi Brazil...

jgn jadi bodoh!!! said...

kalau pemain gagal dipilih dengan betul untuk menang..elok saja jurulatih najib dibuang dari jawatan

ipoh

KZSO said...

Suruh ahli UMNO minta Najib letak jawatan. Habis cerita