Monday, August 4, 2014

Apa Komen Anda....??

Pihak berkuasa diminta menjelaskan situasi sebenar berhubung tindakan segera yang diambil ke atas orang Melayu kerana kesalahan menyinggung perasaan bangsa lain.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, tindakan itu dilihat 'double standard' kerana orang Melayu begitu mudah diambil tindakan jika melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan bangsa lain.

“Peguam Negara, polis dan agensi-agensi terlibat digesa tampil menjelaskan situasi yang terjadi ke atas orang Melayu sejak kebelakangan ini.

“Perkara ini jelas apabila kes membabitkan bekas Naib Juara Pencetus Ummah, Shahul Hamid Seeni Muhammad dan Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin (atau dikenali sebagai Kiki) begitu cepat dibawa ke muka pengadilan,” katanya, semalam.

Beliau pasti rakyat akan tertanya-tanya adakah wujud 'double standard' dalam menjalankan penguatkuasaan undang-undang di negara ini dengan beberapa contoh kes yang berlaku.


“Contoh sudah ada. Malah di Pulau Pinang sendiri isu membabitkan Adun Seri Delima, RSN Rayer, yang menggelar Umno 'celaka' sehingga kini masih belum ada perkembangan lanjut sedangkan Pemuda Umno yang bertindak susulan daripada provokasi Rayer itu telah dihadapkan ke mahkamah.

“Mengapa semua ini berlaku? Kita tidak bercakap soal perkauman, tetapi ketelusan dan keadilan untuk rakyat memandangkan apa yang berlaku ini seolah-olah menggambarkan hanya orang Melayu dan Islam yang perlu berhati-hati tidak menyinggung perasaan bangsa lain,” katanya

6 comments:

Anonymous said...

semua berlaku apabila pemimpin politik dan pemimpin di pihak kerajaan takda teloq

Kutukan Dewata said...

apakah hanya kerana memberi contoh perkara was-was maka kita menghina orang lain dan terus diambil tindakan? contohnya seorang guru agama berceramah dengan berkata,"kita kena makan daging lembu yang telah kena sembelih!"

adakah ini penghinaan kepada agama hindu yang menuhankan lembu?

Kerana memberitahu jemaah di sebuah masjid di Shah Alam pada Februari lalu yang kilang kari Allagappa's dan Babas adalah milik orang Hindu, selain menggalakkan jemaah berusul periksa dalam mengambil makanan bagi memastikan halal dan mengelak daripada haram serta syubhat, seorang pendakwah bebas, Shahul Hamid telah diadukan oleh seorang pegawai polis berbangsa India dan beragama Hindu.

Selain itu, turut terdapat banyak laporan polis telah dibuat oleh masyarakat Hindu yang tidak berpuas hati dengan penceramah tersebut yang dikatakan telah menghina agama Hindu.

satu pertuduhan yang tak relevan langsung dengan kebenaran.

persoalannya,bagaimana dengan penghinaan terhadap islam yang berleluasa sejak isa dihapuskan?

Anonymous said...

Ghani Patah Kail nih orang Lahad Datu, suatu tempat di Sabah yang terkenal dengan undang-undang koboi. PTI-PTI seperti Suluk dan Bugis memeriahkan pekan ini. Adik Ghani, Aziz, kerja di SESB pun dua kali lima jugak kepala hotak mereka! Lahad Datu pun huru-hara, tak teratur, inikan pulak nak berlagak hero mewakili Malaysia?

Ntah kenapa, kerajaan Najib suka menyimpan orang-orang berperangai seperti ini (cth MPN, consyaitan2, pak2 menteri pondan, dsb) dalam sistem pentadbiran beliau!

A Amin said...

TUKAR PEGUAM NEGARA YANG TIADA MARUAH.

Anonymous said...

Salah tetap salah.

Kan Negara Ada undang-undang.

Kau ingat agensi kuat kuasa undang-undang milik UMNO sahaja ke?

Anonymous said...

Melayu tahu dan sedar......