Saturday, August 9, 2014

Kecoh...!! Insiden Baling Kasut Sewaktu Sidang Media PKR Pecat Khalid Tadi

‎KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE
PARTI KEADILAN RAKYAT
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.
Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.
Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.
Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:
• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai:
o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;
• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.
Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.
DATO' DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

10 comments:

Anonymous said...

Kalau Wan jijah jadi MB selangor yg baru , Dialah satu satunya MB yg tak ada maruah kerana dapat jadi MB dengan kuasa Suaminya,Adun kajang disuruh letak jawatan supaya Anwar boleh bertanding,Khalid Ibrahim dipaksa letak jawatan supaya Wan jijah boleh naik jadi MB,Itu baru ada kuasa kat PKR ,kalau Anwar jadi PM Apa yg dia nak mesti dapat kalau tak dia akan gunakan semua kuasa yg dia ada

Anonymous said...

wakakakakkaka

MB Selangor dah jadi rakyat biasa tanpa parti politik.

Aku pon nak jadi MB kalau Tuanku perkenan.

Melayu Selangor said...

Anwar tak ada locus standi untuk mewakili PKR kerana dia bukan ketua yang dipilih oleh parti tetapi dilantik oleh isterinya.

Jadinya keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk memecat MB Selangor adalah tidak sah.

Anwar tak rujuk pun pada Tuanku Sultan Selangor.

Anonymous said...

Wahai penyokong pkr semua.marilah kita bersama2 memperjuangkan tki.mari kita berarak bersama2 kerumah anwar ibrahim , mari kita guling2 atas jalan raya.bawa kemah sekali.reformasi, reformasi, reformasi.ada berani ke.he he he.

Anonymous said...

Majlis Pimpinan Pusat sekiranya berakal akan tidak lena tidur kerana:
1. Khalid akan menuntut keadilan pada Pendaftar Pertubuhan
2. Kalau tak puashati boleh juga ke mahkamah
Mampus korang!

Anonymous said...

Haha..lepas ni dgn pkr sekali kena bubar...
kahkahkah..
baru ada akai...

Anonymous said...

mungkinkah akan ada lagi ulangan orang berserban baring atas jalan raya atau persidangan dibawah pokok?

Anonymous said...

PKR AKAN REPUT DENGAN SENDIRINYA.

Anonymous said...

lepas ni kalau pendaftar pertubuhan dengan khalid buat hal, kompom pkr terlongkang dibatalkan pendaftaran ..

sila check semua ahli pkr , betul ke dah jadi ahli ?

no ahli anuar dalam pkr apa pula ? ha ha ....

perbicaraan gay tua boleh tangguh 66 kali, kes khalid tak sempat tunjuk sebab pun dah hukum !

Anonymous said...

x nak lah ...kalau ada makan free (rumah terbuka ) boleh.