Tuesday, August 26, 2014

Konfim...? Saari Sungib Bakal Dipilih Sebagai Menteri Besar Selangor Yang Baharu...?

Kredit - Blog Akar Umbi

Apabila mesyuarat khas AJK PAS Pusat semalam membuat ketetapan untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan individu yang bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka Adun Hulu Klang Saari Sungib sudah boleh memasang angan-angan untuk dilantik kejawatan berkenaan.

Antara faktor yang meletakkan Saari Sungib dalam keadaan paling sesuai untuk dilantik sebagai MB Selangor ialah beliau merupakan salah seorang dari kalangan Adun PAS yang terawal untuk memihak kepada keputusan PKR untuk melucutkan Khalid dari jawatannya,

Mengambil kira setiakawan Saari yang begitu kuat terhadap PKR dan DAP, hingga sanggup membelakangkan keputusan Majlis Syurah Ulamak PAS maka tidak sukar baginya untuk mendapatkan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tentunya amat sukar bagi PAS untuk menolak Saari, tambahan pula beliau belum lagi dikenakan tindakan tata tertib oleh Majlis Syurah Ulamak yang merupakan lembaga tertinggi yang mengatasi Lembaga Disiplin PAS.


Jika merujuk kepada kepada krisis-krisis MB Selangor yang terdahulu, seperti undi tidak percaya kepada Dato' Harun Idris dan penunduran sukarela Tan Sri Abu Hasan Omar, kedua-dua mereka telah digantikan oleh Adun dari berketurunan Jawa.

Harun telah diganti oleh Dato' Hormat Rafie sementara Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih tempat Abu Hasan yang kebetulan kedua-dua mereka berketurunan Jawa.

Kalau perkara itu diteladani, maka tidak hairanlah Saari boleh tersenyum dan mengangkat jari jempul sambil memasang angan-angan agar dirinya diperkenankan!

5 comments:

Iklan Penang said...

musang berbulu ayam.. PAS perlu pecat musang nii..

Anonymous said...

Bodoh pianggggg.....

Anonymous said...

kalau dun bubar adakah pas akan calunkan semula 2 org ni,atau kedua-duanya dah nampak kerusinya terbang.

Anonymous said...

pengkhianat parti ni nak dibuat menteri besar?? puuuiiii

Jack said...

Hahaha pandai penulis buat lawak sinis....