Tuesday, August 5, 2014

Main Taichi Pulak....


"Lebih baik tanya polis!"

Itu jawapan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya mengenai kenyataan beberapa pihak terutama Pemuda Umno yang mempersoalkan sikap berdiam dirinya berhubung kes menghina agama atau kaum di negara ini.

Jawapan ringkas itu diberi setelah beberapa kali panggilan kepadanya tidak dijawab.

Menurut Abdul Gani, beliau tidak akan memberikan jawapan lebih daripada itu.

"Saya tidak akan cakap apa-apa lagi, lebih baik awak tanya polis," katanya tegas sebelum meletak telefon.

Semalam, beberapa pemimpin Pemuda Umno dalam kenyataan kepada Sinar Harian mempersoalkan sikap Peguam Negara yang mencetuskan keresahan dan tanda tanya hingga menimbulkan tanggapan seolah-olah berlaku pilih bulu dalam pendakwaan kes seumpama itu.

Ini berikutan tindakan segera yang diambil bagi kes melibatkan pelaku Melayu/Islam sebaliknya kes membabitkan bukan Melayu/ Islam, individu itu tidak pula didakwa.

Usaha mendapatkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak berjaya kerana beliau difahamkan berada di luar negara.

Timbalannya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang dihubungi, berkata pihaknya masih meneliti beberapa perkara mengenai kes-kes berkenaan.

Sinar Harian Online

4 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni memang zaman melayu kena tindas.
Semua orang tindas kita. DAP,MCA,MIC, PKR, PAS, UMNO, gomen, melayu elite, melayu liberal, golongan lawyer, Pusat Zakat, kebajikan, PATI, orang asing... semua tindas kita.
Sedap la mamat ni nak mengelak. Dia dengan jabatan dia dah lama tindas melayu. Mereka semua rasis. Aku rasa dia ni malay apologetik la...
Polis pun sama rasis. kalau melayu, sedap je nak buli. Kalau bangsa lain nuat hal menikus... Kena herdik pun boleh diam je...
Bila balasan Allah datang nanti, jangan marah. Bila anak2 dan cucu2 kena tindas nanti jangan komplen.
Kuasa yang ada tu personal-to-holder. Bila dah pencen nanti, kau pun kena tindas macam kitorang jugak.
Sampai time lu kena nanti, jangan jadi hipokrit...

Anonymous said...

Ini menunjukkan Najib sudah tidak relevan lagi. Tiada siapa yang hormat beliau lagi baik AG,CEO Petronas,Presiden MCA dan rakyat jelata. Najib harus bertaubat dan letak jawatan.

Anonymous said...

Kita sakat n pulas telinga gani ptail ckit biar terkedu dia nak jwab.ko bole wat aku xl wt.aku xl wt ko bole wt.aku bole wt ko xl wt.aku xl wt ko bole wt.

Anonymous said...


bangau oh bangau....
lu tanya polis,,,,
polis jawab; lu fikirlah sendiri.
apa hotak dia orang, dalam hal besar pon tau bolih fikir, itu sebabnya ayat ini selaluuuuu didendangkan

lu mampos jaga lah lubang kubur masing2.