Friday, August 1, 2014

PAS Akan Hilang Kerusi Templer, Hulu Klang, Lembah Jaya, Seri Serdang, Sijangkang, Morib, Tg Sepat. Tony Pua Sudah Bikin Noh Omar BERAHI...!!

Sekiranya Pilihanraya mengejut diadakan di Selangor, Pakatan Rakyat dikhuatiri tewas, namun PAS kalah teruk, tidak akan mendapat sokongan dan akhirnya lenyap dari peta politik Selangor.

Demikian bacaan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam analisanya terhadap permasalahan yang sedang melanda pentadbiran negeri itu.

Senario itu digambarkan seandainya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tidak mencapai penyelesaian serta kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri dengan jangkaan kemerosotan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

“Jika DAP dan PKR mahu menggantikan Tan Sri Khalid, manakala PAS mahu mengekalkan beliau dengan sokongan UMNO, Dewan Negeri akan terbelah dua tanpa majoriti jelas,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

“Dalam keadaan sedemikian, Tan Sri Khalid mungkin akan meminta supaya pilihanraya diadakan di Selangor,” ujar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
 
 
Jika Pilihanraya mengejut diadakan, parti-parti komponen Pakatan Rakyat dijangka akan mengalami kekalahan; namun parti yang paling teruk terjejas ialah PAS.

Menurut beliau sekiranya PKR dan DAP mengalami kemerosotan sokongan 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu, kedua-duanya dijangka kehilangan kerusi di Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang di pihak PKR; manakala Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek bagi DAP.

Kerusi Pelabuhan Klang adalah kerusi yang disandang Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
Dalam senario paling optimistik tanpa kemerosotan undi Melayu untuk PAS dan 15% penurunan sokongan bukan Melayu, parti tersebut dijangka kehilangan 7 kerusi iaitu Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.

“Sekiranya sokongan bukan Melayu merosot sehingga 25% akibat kontroversi PAS, parti tersebut akan turut kehilangan Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras,” jelas Tony sambil menambah bahawa PAS hanya akan berjaya mengekalkan tiga kerusi.

Malah katanya lagi, tiga kerusi ini masih tidak selamat walaupun undi Melayu merosot sekadar 5% manakala undi bukan Melayu merudum sehingga 30%, PAS akan pastinya ‘bungkus’.

Tony turut menegaskan bahawa sekiranya pilihanraya mengejut diadakan, Pakatan Rakyat pastinya tidak akan mampu mengekalkan kedudukan mentadbir negeri, manakala yang akan menang besar pastilah UMNO.
 
“Kedegilan PAS menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengundang pilihanraya mengejut yang akan menyebabkan Pas kalah teruk serta mengembalikan Selangor kepada UMNO,” tegasnya lagi.

Setiausaha Publisiti DAP itu menambah bahawa PAS mestilah bersama-sama semangat Pakatan demi menunaikan janjinya kepada rakyat Selangor.Roketkini.com

8 comments:

Anonymous said...

Pengundi melayu PKR akan sokong MB Khalid. Nescayalah.

A Amin said...

UMNO jangan terpengaruh dengan propaganda PR. Ini semua wayang kulit yang mengikut skrip tok dalang. JANGAN JADI BODOH DENGAN IKUT RENTAK PR. Biarkan PR terjun dengan labu labu nya.

Anonymous said...

pas jangan sampai hilang kerusi biar tergadai segala gala biar setakat menang sorak namun hilang kerusi jangan sekali kali

Anonymous said...

Peringatan... UMNO kalah di Selangor bukan sebab Pas Kuat...Tapi UMNO Selangor yg kelihatan meroyan dimata Rakyat Selangor...So no diff.. Berubahlah sikap keduitan yg melampau... Pemimpin yg suka berpolitik dan cantas calon perlu di asingkan atau disedarkan...No recon leader...Biar yg fresh..dan disenangi keseluruhan Rakyat..bukan kumpulan kecil ... kaki sedut duit.. I love Umno but hate..those liars in Umno..

Anonymous said...

Memanjang jadik keldai je...
pas pon tak bleh tahan nak pikul beban..
kecuali lah keldai tu amat bodoh...

Anonymous said...

Yang buat masalah PKR tapi PAS dan UMNO yang dipersalahkan...

ketiga-tiga ini parti dominan MELAYU pulak tuh...mmg DAP sj yang cekap main wayang...

berasiam said...

dulu eli (bukit te(lanjan)g buat orang stim dengan gambar posing mautnya. Kali ini tony pua(ka) pula buat noh omar dan suku sakatnya stim dalam bulan syawal. selera pengundi bukannya ikut statistik sesiapa. kemuraman sokongan kepada umno/bn pada 2008 tidak dijangka oleh sesiapa sedemikian rupanya. maka peratusan yang disebut oleh tony pua(ka) adalah sesuatu yang bersifat andaian. dengan kebanyakan pengundi hanya memangkah berdasarkan emosi, bersandarkan auta dan dusta, pengaruh pakatan rakyat di selangor tidak akan terjejas teruk jika prn diadakan. umno/bn kekurangan calon berwibawa untuk diketengahkan. kebanyakan yang ditonjolkan sebagai calon telah terpalit dengan pelbagai isu yang menjadi rahsia umum. atas sebab sedemikian, pengundi cenderung menolak calon yang dinamakan oleh umno/bn termasuk kalangan ahli umno/bn sendiri.

di atas kertas, analisis boleh dibuat dengan angka-angka yang begitu. jika umno/bn terpengaruh, memang boleh stim memuncak. namun kita semua pun telah menjadi saksi bagaimana analisis dan statistik umno/bn sendiri melencong jauh terutama di selangor pada pru-13.

Anonymous said...

pembangkang[pr]sentiasa MENGHASUT pengikut/penyokongnya berjalan MENGDONGAK/MEMANDANG KEATAS dan tak kasi MEMANDANG KEBAWAH.sebab kalau penyokong/pengikutnya berjalan dengan memandang kebawah nanti dia[pr]takut mereka2 ini NAMPAK AKAN KESILAPAN DAN KETIDAKBETULAN DIA[PR].