Sunday, August 24, 2014

PENUTUP Laporan Misi Ke GAZA.... Video Klip Ini Khas Buat Azeez Rahim

Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine ke GAZA berakhir petang semalam dengan kepulangan ketua misi YB Datuk Seri Azeez Rahim yang mendarat di Lapangan Terbang KLIA jam 5.22 petang dengan menaiki pesawat Egypt Air dari Cairo.

Blogger MIK berpeluang untuk kali kedua menyertai misi ini dimana yang pertama kalinya dahulu pada misi Road To Gaza 2 bulan Disember tahun 2012.

Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan membawa masuk 100 kanak-kanak Palestin yang tercedera akibat serangan tentera Israel ke negara ini bermula minggu depan.

Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka akan dibawa secara berperingkat untuk mendapatkan rawatan ekoran kecederaan di perut dan anggota badan lain selepas terkena bedilan senjata rejim zionis.
Sehubungan itu, kita sedang bekerjasama dengan beberapa hospital di Mesir untuk menempatkan mereka buat sementara waktu di sana.
"Kita sedang berusaha menyelesaikan proses dokumentasi untuk membolehkan mereka dibawa ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas tiba dari Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Yang turut hadir Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha.



No comments: