Sunday, August 31, 2014

Sumbangan Buat Keluarga Mangsa Terkorban Lahad Datu Jauh Lebih Besar Dari Keluarga Mangsa MH370 Dan MH17

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak memberi penghormatan seharusnya kepada anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tahun lepas sebanding dengan penghormatan mangsa MH17.

Sebaliknya, beliau berkata, sumbangan kepada keluarga mangsa terkorban dalam insiden Lahad Datu jauh lebih besar daripada sumbangan kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17.

"Apa yang kita (kerajaan) lakukan, kita tidak mahu uar-uarkan kepada dunia tetapi banyak. Satu hari nanti, keluarga (mangsa) akan rasa terpanggil untuk menyatakan apa yang kerajaan dah lakukan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, antara sumbangan yang diberi adalah pingat, kenaikan pangkat, perumahan dan pendidikan anak mangsa.

Hishammuddin berkata, maklum balas daripada keluarga mangsa insiden Lahad Datu mahupun keluarga mangsa MH17, rata-rata menyatakan mereka berpuas hati dengan penghormatan yang diberikan.

"Jadi tuduhan-tuduhan itu, saya harap berpada-pada sebab sekiranya keluarga mangsa sendiri yang menyatakan apa yang sudah kita (kerajaan) lakukan, malu mereka (Pembangkang) nanti.

"Mereka yang dahulupun hanya melontarkan tuduhan-tuduhan liar, sekarang pula nak jadi jaguh walhal kita dah bela mereka (mangsa Lahad Datu)," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno.

Utusan Online

5 comments:

raismazzadam said...

Yang bercakap LAHAD DATU SANDIWARA tak pikir pulak hati waris wira lahad datu...

SI BN ni pun BODOH di lepaskan aje si BABI TIAN CHUA TU ...dasar BACUL SEBUAH KERAJAAN PEMERINTAH...

Itu pasal la kat MALAYSIA ni semua orang berani berkata sebab hanya terima aduan dan bukak buku....TIADA HUKUMAN...

Anonymous said...

Mereka yg terkorban do lahad Datu tidak memerlukan penghurmatan zahir,tugas mereka mempertahankan kedaulatan negara satu tanggung jawab murni.Keihklasan mereka hanya Allah yg memberi ganjaran.Kangan lah di bangkitkan sola penghurmatan ini,kerana bagi mereka ianya sudah tidak penting lagi,yg penting bagi mereka hanylah keredhaan Allah.Jangan timbulkan rasa tidak ikhlas di kalangan keluarga mereka ,hasil dari hasutan mereka yg mencari kesempatan,supaya pengorbanan mereka tidak jadi sia-sia.

Anonymous said...

Orang tanya kenapa MH17 diberi upcara penghormatan negara tetapi wira lahad datu tidak diberi yang sama?Tetapi masih tak dijawab dan macam2 alasan diberikan.Nampaknya si keris muddin ni sama blurr macam sepupu dia tu Najib.Eloklah kalau ada badut2 macam ni menerajui negara.Gerenti hancur...

Anonymous said...

Semua ini orang tak akan timbul jika kerajaan tidak berlebihan dalam memberi penghormatan kepada mangsa MH17

berasiam said...

jasa diukur berdasarkan kuantiti ke kualiti, datuk seri?