Friday, August 15, 2014

Updates 04 Misi Ke Gaza - Azeez Sudah Kenal Pasti Kanak Kanak Mangsa Keganasan Zionist Untuk Dibawa Pulang Mendapat Khidmat Rawatan Di Malaysia



Sayu dan pilu hati Blogger MIK menyertai Misi Ke Gaza kali ini….!
 

Lawatan Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Seri Azeez Rahim telah mengunjungi Hospital Palestine petang semalam.

Besar sungguh dugaan buat anak kecil dari Gaza ini….

Budak perempuan ini namanya Maira. Baru berusia 1 tahun 2 bulan. Akibat dari bedilan kejam Zionist yang menuju ke kediaman rumahnya di Gaza, ibunya terkorban dan Maira hilang dua jari kaki kirinya terkena serpihan letupan.

Ayah Maira yang kehilangan isteri dalam tragedi tersebut sungguh terharu dengan kehadiran Azeez yang mengetuai Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine ke Gaza.



Budak lelaki ini pula  namanya Muhammad Ismail El Baksh. Baru berusia 7 tahun.

Ismail juga ditimpa nasib malang. Akibat bedilan oleh tentera Al-Yahud Zionist ke rumahnya di Jabaliah City, Gaza, anak kecil ini kini terlantar di Hospital Nasser Institute kerana ada serpihan peluru masih berada disebelah dada kirinya.

Melihat keadaan ini, Azeez telah mencadangkan agar Ismail dibawa pulang ke Malaysia untuk mendapat rawatan selanjutnya agar segera pulih. Semua persiapan sedang diaturkan.



No comments: