Sunday, August 17, 2014

Updates 07 Misi Ke Gaza - Pasukan Misi Bantuan Kemanusian Rakyat Palestine Terpaksa Bermalam Di Ismailia

Azeez yang mengetuai pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine yang sedang menuju ke Rafah terpaksa mengangguhkan perjalanan mereka lewat petang tadi. Keputusan dibuat untuk berhenti dan bermalam di Ismailia yang terletak kira kira 250 km dari sempadan Mesir - Palestine.

Presiden Kelab Putera 1 Malaysia itu membuat keputusan tersebut kerana pengangkutan yang membawa kargo berisi bekalan 10 tan bahan ubat-ubatan menghadapi masalah. Tambahan pula pintu sempadan ditutup pada jam 5 petang waktu tempatan.

Menurut Azeez perjalanan untuk masuk ke Rafah akan diteruskan awal pagi ini. 

No comments: