Monday, August 18, 2014

Updates 10 Misi Ke Gaza - Azeez Rahim Jadi Kebanggaan Negara Kita...! Baca Dan Sebarkan....

Kekejaman tentera Yahudi Zionist membedil rakyat Palestine sesuka hati sememangnya mengundang kemarahan rakyat seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Penderitaan rakyat Gaza ketika ini menyaksikan dunia hanya mampu membuat bantahan dari luar bumi Gaza. Namun begitu ianya berbeza buat insan yang bernama Hj Abdul Azeez Bin Abdul Rahim. Perit getir, tangis dan derita rakyat Gaza terlalu dekat dengan hati Azeez...!

Kekangan dan masalah birokrasi kerajaan negara Mesir semenjak Azeez bersama pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine menjejakkan kaki di bumi Cairo pada tanggal 13 Ogos 2014 telah dirasai menjadi tanda tanda awal bahawa Azeez akan mendepani kesukaran untuk membawa masuk pasukannya melepasi sempadan Rafah.

Namun begitu dengan mengambil kira harapan rakyat islam di Gaza yang perlukan bantuan, disertai pula dengan doa khusus dari 28 juta rakyat Malaysia, Azeez tetap gagah mengepalai pasukan misi ini yang dianggotai oleh doktor doktor pakar, sukarelawan, petugas media dan diiringi juga oleh wakil dari dua pertubuhan NGO yang lain iaitu MAPEM [Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia] dan MERCY Malaysia.

Perlepasan bekalan makanan dan ubat-ubatan seberat 40 tan yang terkandas selama 3 hari di pusat Cargo Cairo akhirnya berjaya diselesaikan oleh Kelab Putera 1 Malaysia dengan bantuan Datuk Ku Jaafar Duta Besar Malaysia Ke Mesir dan Palestine. Maka berlepaslah Azeez bersama rombongan misi seramai 83 orang menuju ke bumi Gaza.

Pada tanggal 17 Ogos 2014, setelah menempuh perjalan sejauh 250 km dari Cairo, setibanya di daerah El-Qantara, rombongan misi yang diketuai Azeez telah ditahan oleh Check Point tentera Mesir. Rombongan misi terkandas lebih 3 jam.

Pihak tentera Mesir tidak mahu melepaskan rombongan misi melalui sekatan disitu untuk meneruskan perjalanan ke Gaza. Konvoi misi ditahan di pengkalan feri El-Qantara yang sepatutnya dibenarkan menaiki feri melintasi Terusan Suez.

Selepas hampir 4 jam berlangsungnya perbincangan oleh Datuk Ku Jaafar dengan pihak tentera Mesir, namun mereka tetap berkeras tidak mahu melepaskan kesemua ahli rombongan misi meneruskan perjalanan ke Rafah.

Azeez kemudiannya menyampaikan berita sedih kepada semua ahli rombongan misi iaitu pihak tentera Mesir hanya membenarkan 3 orang sahaja meneruskan perjalanan ke Gaza. Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Seri Azeez ditemani oleh Duta Besar Malaysia Datuk Ku Jaafar dan Duta Palestine Dr Anwar Al Agha. Berita ini membuatkan  Dr Anwar tidak dapat menahan perasaan sedihnya dan menitiskan airmata  menangis teresak-esak sambil ditenangkan sukarelawan lain.


"I'm sorry my friends. We have come this far but there is nothing i can do." (Maafkan saya rakan-rakan, kita telah pergi sejauh ini namun tiada apa lagi yang dapat saya lakukan," ujarnya dalam nada kesal.

Sebelum Azeez bersama sama dengan Datuk Ku Jaafar dan Dr Anwar dibawa naik kereta perisai tentera Mesir, Ustaz Fathul Bahri telah membacakan doa memohon agar Allah swt mempermudahkan segala urusan yang akan dilaksanakan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Rakyat Palestine ini.

Mohon doa dari anda semua rakyat Malaysia....!!






WALAUPUN TANPA DITEMANI AHLI AHLI SUKARELAWAN, PARA DOKTOR DOKTOR PAKAR, DAN PETUGAS MEDIA, AZEEZ TETAP BERANI TEMPUHI CABARAN MELANGKAH MASUK KE BUMI GAZA....!

HIDUP AZEEZ...!!  ALLAHU AKBAR....!!!

No comments: