Friday, August 22, 2014

Updates 17 GAZA - Dari Pejabat Kedutaan Malaysia Di Kaherah Mesir

‎Petang tadi sekitar jam 2.00 petang waktu tempatan di Kaherah, Mesir (7.00 malam waktu di Malaysia) bertempat pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah satu sidang media telah diadakan oleh Datuk Seri Azeez Rahim.

Azeez selaku Ketua Misi Road To GAZA 3 Misi Bantuan Kemanusiaan bersama TYT Datuk Ku Jaafar Ku Shaari Duta Besar ke Mesir - Palestine d‎an H.E Dr Anwar Al Agha Duta Palestine di Malaysia telah menceritakan pengalaman mereka selama 4 hari di bumi Gaza.

Menurut Azeez, misi ini boleh disifatkan berjaya dimana 40 tan bekalan ubat-ubatan dan makanan asas telah berjaya diserahkan di beberapa hospital seperti Al-Shifa, Al-Quds. Begitulah juga dengan bekalan makanan yang berjaya diserahkan kepada rakyat Palestine di Gaza City, Khan Younis, Shejaiya dan beberapa daerah lagi di bumi Gaza.

Wakil misi ini iatu Datuk Seri Azeez, Datuk Ku Jaafar dan ‎Dr Anwar telah dibawa menziarah tempat tempat bangunan robohan yang menjadi mangsa bedilan ganas Yahudi Zionist sebelum sesi menyampaikan bantuan bekalan makanan dijalankan.

"Syukur kehadrat Allah swt kerana kejayaan Misi ini sekaligus membuktikan negara kita Malaysia tetap bersama rakyat Palestine dalam apa jua keadaan sekalipun termasuklah dalam keadaan perang.." tambah Azeez lagi.

Sewaktu dalam perjalanan untuk keluar dari Gaza setelah selesai melaksanakan misi Azeez bersama dua Duta mengesahkan ada berlaku bedilan serangan udara tentera Yahudi Zionist iaitu tamat tempoh gencatan senjata.

Syukurlah ketiga tiga wakil negara kita ini berjaya keluar dari sempadan Rafah dengan selamat pada jam 3.00 petang (jam 8.00 malam waktu Malaysia) hari Rabu 20 Ogos 2014.

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

1 comment:

Anonymous said...

Moga Allah swt merahmati dan melindungi hamba-hambanya yang ikhlas sanggup memperjudikan nyawa demi saudara di Palestin. Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan rezeki yang berkat kepada semua yang terlibat dalam misi Gaza ini dan Allah swt jugalah sebaik-baik saksi di akhirat nanti, ameen.