Saturday, September 6, 2014

Anda Boleh Percaya Ker Bila PAS Kata Tak Tunduk Kepada PKR Dan DAP...? Video Klip Ini Bahan Bukti

PAS yang mengemukakan tiga nama calon termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu untuk jawatan Menteri Besar Selangor, tidak akan tunduk dengan DAP dan PKR dalam isu tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, keputusan PAS menghantar tiga nama itu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menggambarkan ketegasan pendirian PAS tanpa dipengaruhi kedua-dua parti tersebut.

"Kita tidak mengalah, kita berpegang kepada konvensyen pakatan rakyat yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Raja Berperlembagaan dalam pakatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan PAS yang telah menghantar surat ditandatangani beliau sendiri kepada Sultan Selangor semalam dengan mengemukakan tiga nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.

JOM ANDA SAKSIKAN VIDEO KLIP DIBAWAH INI;




5 comments:

Anonymous said...

Oh tidak...!!!
PAS hnya layak jd tukang jawab DAP/PKR.
Lagi satu..pakar pusing round about...
tersesat aje..salah UMNO..
Memang HamPAS...!"

Anonymous said...

PAS sanggup mengikut kata DAP & PKR supaya tidak melaksanakan hudud. Tapi PAS tidak sanggup ikut kata PKR & DAP untuk calonkan Wan Azizah. Ini membuktikan PAS langsung tidak memperjuangkan Islam dan hanya tamak kuasa dan wang. Akibat PAS memperalatkan Islam, sekarang PAS berpecah pula. Memang dari awal kita tau PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan kini mereka menerima balasan akibat permainkan agama.

Anonymous said...

acah je tu...
last2 u turn jg....

Anonymous said...

Sedar lah setiap patah perkataan akan dihisab oleh Allah... Dihadapan manusia memang lepas. Keangkuhan dan bongkak yang tergambar diwajah semasa mempermainkan nama Allah akan bertukar takut. Masa itu akan tiba kerana janji Allah itu benar.

Johan said...

Pas adalah parti PAS dan walaupun apa yang berlaku di Selangor bukan disebabkan oleh PAS. Ahli atau pemimpin peringkat pusat yang bertelagah pendapat dalam parti adalah perkara biasa dan parti PAS tetap utuh sejak tahun 1955 lagi. Gelora yang pas lalui pada tahun 1960 an 1970 an 1986 an di Terengganu dan Kelantan menyebabkan lahirnya parti Hamim, Berjasa dan macam-macam lagi namun ianya tidak mematikan PAS. Yang berlaku di Selangor adalah badai kecil saja.