Wednesday, September 24, 2014

Apabila Azmin SAH Menjadi MB Selangor... Langkah Kajang Projek Nepotisme Terbesar Anwar Terbukti GAGAL

Anwar Ibrahim jelas terkena dan terpedaya kali ini. Mungkin para pengikutnya enggan percaya, tetapi Azmin Ali telah memperdayakan dan menghancurkan KAJANG MOVE menerusi komprominya dengan DAP.

Perkenan DYMM Sultan Selangor untuk Azmin Ali juga sebenarnya turut melibatkan tindakan Azmin Ali untuk 'membetulkan' semua beberapa keadaan di Selangor, termasuklah bermaharajalelanya puak-puak DAP mengimarahkan Selangor dengan industri lendir dan maksiat serta hub dadah sebelum ini.

Pastinya, tempoh selama lebih 3 jam bersama-sama DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum diperkenan untuk jawatan Menteri Besar Selangor, turut membawa mesej penting daripada baginda tuanku yang perlu dilaksanakan oleh Azmin Ali kerana DYMM Sultan Selangor juga tidak sunyi daripada pelbagai maklumat, termasuklah usaha DAP untuk menempatkan 171 orang pemimpin-pemimpin barunya dari kalangan anak-anak muda Melayu untuk dijadikan calon-calon ADUN dan Ahli Parlimen di Selangor pada PRU-14 nanti.

Yang paling penting ialah, Azmin sudah tentu dititahkan untuk mempertahankan Undang-Undang Tubuh Selangor daripada dihancur dan dicaca marbakan oleh DAP yang mempunyai cita-cita untuk meminda dan menghapuskan JAIS, mengurangkan kuasa MAIS dan kuasa Istana Selangor!

Ternyata dalam perlumban ini, Anwar Ibrahim dan pasukannya kalah teruk. Rafizi Ramli dan Kajang Movenya sudah boleh dimasukkan ke dalam karung guni dan dicampakkan di Sungai Kelang!!! 


Sebenarnya sebaik sahaja Azmin Ali selesai melaksanakan upacara Majlis Angkat Sumpah dan secara rasmi bergelar Dato Menteri Besar Selangor, maka denyut nadi cita cita "menggila" Anwar untuk mempraktikkan kerja Nepotisme pun sudah berhenti berdenyut..!  Mati...!!  

Iya, taksirannya secara mudah, Anwar gagal untuk menjayakan Nepotisme paling besar dalam sejarah politik tanahair. 

Pentas politik tanahair dijangka akan beralih tumpuan dan lebih berselara melihat Azmin Ali dan tidak mustahil aura Anwar akan pupus.... Tambahan pula cara permainan Kajang Move yang disajikan berakhir dengan FAILURE ENDING...!!

5 comments:

Anonymous said...

Semua yang Anwar buat ternyata gagal. Yang dia berjaya sebenarnya adalah memecahbelahkan bangsa Melayu.

Anonymous said...

Tolong buka mind

Anonymous said...

..yb jamban yg kini mb jamban & wan ajijah are two cheeks from the same backside.. hehe.. backside belongs to aljub.. taqbir!..

Anonymous said...

Ini adalah satu daripada kejayaan anuar dalam memastikan 3A dapat memerintah. Tolong buka minda dan fahamilah taktik kotor anuar. Yang bodoh ialah PAS dan UMNO Selangor.

Anonymous said...

syabas dato memanda negeri selangor. pencacai bee end hanya perati meleleh dan cuba menangguk di air keroh, tp abuk pon tarak. damaged utk anwar telah berakhir,pencacai kelu tak terkata.

azwana auw