Tuesday, September 30, 2014

Apabila UMNO Menang Besar Di Pengkalan Kubur... Siapa Yang Layak Dapat Kredit...? Tok Pa, Muhyiddin Wajib Baca Nie

Hampir seminggu berlalu Pilihanraya Kecil N01 DUN Pengkalan Kubur.....

Kita semua sudah sedia maklum dengan keputusan yang rasmi, UMNO mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubur. Calon UMNO yang menjadi taruhan Ustaz Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi, meningkat 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada PRU 13.

Dalam akhir babak filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee "Nujum Pak Belalang", masih segar dalam ingatan kita bait bait dialog adegan teka teki;
Dato' Ahli Junum Negara Masai bertanya kepada Ahli Nujum Negara Beringin Rendang lakonan P Ramlee,

"Dimanakah terletaknya kekuatan Laksaman Hang Tuah...? "

"Di kerisnya kah..? Atau di tenaganya kah...? "

Kembali kita kepada kisah Pilihanraya Kecil DUN Pengakalan Kubur, setelah UMNO mencipta kemenangan yang besar, maka akan berkumandang soalan siapakah yang menjadi tulang belakang kemenangan ini...?

JENTERA PEMUDA UMNONYA KAAAHHH...??

JENTERA PUTERI UMNONYA KAAAHH...??

JENTERA WANITA UMNONYA KAAAHH...??

ATAUPUN KERJA 'BLACK OPS' YANG TAK DISUKAI OLEH TOK PA..?

Kemenangan sudah tercipta! Ustaz Mat Razi sudah bergelar YB menjadi wakil rakyat menyambung amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Apabila kemenangan diperolehi, maka ramai juga yang mahu 'claim credit' mendabik dada kunuunnya dialah tunggak kekuatan kemenangan UMNO di Pengkalan Kubur....!

SILA BACA, KUPASAN DAN ULASAN YANG BERNAS ADA DI SINI.

3 comments:

Anonymous said...

Pemuda dan puteri tak bermaya kerana kebanyakan mereka dipilih oleh Ketua Bahagian yg memang mahu ketua pemuda dan puteri yg bengap dan hanya mengikut telunjuk mereka. Ahli yg berkarisma dan ada sifat kepimpinan akan dicantas oleh Ketua Bahagian untuk kepentingan peribadi mereka.

Anonymous said...

royalti x dapat, subsidi dah kurang. Tahniah KERAJAAN.

Anonymous said...

Soalannya duit yg dpt disimpan tu betul ke pembangunan ..asyik2 ckp ke pembangunan lain tapi kemananya duit tu pegi? Kau caya ke?