Tuesday, September 2, 2014

Kata Dua Zahid Hamidi Kepada Guan Eng.... Adakah Ini Hanya Lakonan Seorang Naib Presiden UMNO Yang Pernah Menang Undi Terbanyak Perwakilan..?

Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang membubarkan segera Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) kerana badan itu merupakan sebuah organisasi haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika Lim Guan Eng berdegil tidak mahu membubarkan PPS, Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu bersedia dan berani untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang dalam masa terdekat.

Beliau yang berdiri teguh dan menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas PPS berkata, laporan menunjukkan pasukan itu bukan sahaja bermotif politik tetapi ada dalam kalangan ahlinya terlibat dengan jenayah kekerasan sama ada memukul atau mengugut.

"Tindakan polis ke atas PPS dibuat kerana organisasi ini tidak berdaftar sebagaimana disahkan ROS dan tentu sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah perbuatan mencabar undang-undang sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

MUHAAAA HAAA HAAAAA.....!!

Sewaktu berlangsungnya Pemilihan UMNO 2013, Zahid Hamidi menang besar undi terbanyak merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Ketika itu, rakyat dan khususnya akar umbi UMNO melihat ketegasan Zahid sebagai pemimpin yang wajar diberikan sokongan padu! Apatah lagi kita mahukan pemimpin yang benar benar "melayu" dan berani.

Salah satu testimoni yang membanggakan, cuba anda tonton semula video klip dibawah ini. Insiden yang berlaku pada sekitar bulan Oktober 2013, bukan main garang dan tegas sungguh Zahid 'membelasah' wartawan Malaysiakini sebuah portal penjilat tegar juak Pakatan Pembangkang..

Zahid dilihat marah tahap maksima, body gesture beliau ketika itu seolah-olah hampir hendak 'tangan' barua Malaysiakini. JOM saksikan...



Dengar sendiri apa yang Zahid sebut....! 

"Stop spinning my words.... Saya TAK percayalah Malaysiakini..!"

TETAPI alangkah terkejutnya kita semua apabila awal tahun ini, Zahid tanpa segan silu telah menyerahkan sendiri Anugerah BEST Online Media kepada Malaysiakini.

Blogger MIK juga ada soalan buat Zahid Hamidi....!

Tonton video klip dibawah ini, maka anda akan faham apakah persoalan yang berada dalam benak fikiran Blogger MIK




11 comments:

Anonymous said...

Sembang je la kuat. Anak didik nuar lak tu.

maae said...

he..he..rasa nya laah... mereka kat atas tu biasa nya bertepuk bertampauu...

Kita kat bawah asyik kena kong kali kong jer... inikan politik Malaysia. Nanti di keluarkan satu 'tablo' baru, cerpen untuk tablo lama udah kita lupa... everything back to normal.

Yang kena terjah, ikan bilis juge !

orgjohor said...

X kemana dia ni... Ckp pun tergagap2x. Xde imej dan kredibiliti lgsung. Harapkn jwtn kerajaan dan parti je tuk jaga airmuka dia. Pd pndgn aku, dia mimpi siang HRI berangan jwtn pm. X sempat pun. Kesian2x.

Anonymous said...

bangsat jyga zahid ni

Anonymous said...

Tak leh pakai dia nih... sembang deraih (orang kedah cakap la)

Anonymous said...

Menyesal beb bagi undi kat zahid ni, gebang jer lebih sama aje ngan menteri amaran 2x5 bodoh jawapannya

Anonymous said...

Sudah bunyi tong kosong yang besar. Ahli umno sangat suka bunyi tong kosong zahid. Tu yg fpt undi terbanyak. Temberang dan kuat buat lawak. Yg ambil tindakan igp, tu pun tak tahu ke mana kes ini berjalan. Jgn fail nfa udah la

Anonymous said...

Jgn le kita lupa sewaktu pemilihan dulu dia warning syiah.....lepas tu senyap.....sekarang guan en.....kita sama2 le tengok.
Dia ni dulu budak sruhan Nuar Juburi.....susah le sikit nak pecaye kat dia ni.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO semuanya HIPOKRIT kecuali TS Muhiyuddin.

Anonymous said...

Tidaklah seburuk itu Insan yang bernama Hj Ahmad Zahid Hamidi ini. Saya masih ingat jasa jasa beliau ketika zaman perjuangan Pemuda UMNO dulu, Memartabatkan guru guru agama semasa menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan baru baru ini saya melihat sendiri Sekolah Tahfiz dan anak anak yatim yang di biayainya. Semoga Allah memberikan beliau keberkatan dan ketenangan dalam kehidupan ini....

Zamiel Zukie, Teh Tarik Yb

orgjhr said...

Dia x sesuai jdik menteri wakil melayu. Suh je dia jadik mudir sekolah. Xlh kna bhg neraka dunia. Klau dh nama politik, prangai kdg2x pun jdik Tahik semata2x nk kuasa, nk pgkt, agama Dan bngsa serta keselmtn negara pun tpksa diperjudikn dmi sekping undi!