Thursday, September 4, 2014

KONFIRM...! Salah Seorang Pimpinan PKR Akan Sertai MAHARAJA LAWAK MEGA 2014

Kredit - Blog The Unspinners

Kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution atau sebutannya Saifuddin Nasusyon amat pelik, malah macam si dunggu tak faham bahasa. Baca dahulu ...

KENYATAAN MEDIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. 

KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

3 September 2014

P/s : Kalau Tuanku dah minta lagi 2 nama, ia bukan bermakna DYMM Tuanku Sultan terima Azizah tapi Tuanku tidak terima nama Azizah. Siapa nak terima MB yang jadi boneka dan perlu arahan orang lain untuk buat keputusan tapi mesti MB yang boleh buat keputusan? 

Hanya orang terencat akal saja faham surat istana sebagai Tuanku tak tolak Azizah. Penyokong PKR yang setuju dengan anak Pak Nasusyon sah sama terencat!

1 comment:

Anonymous said...

Keadilan mmg pandai pusing ayat...dari mula2 mesyuarat nk pilih mb baru...smpi muslimah pas...now sultan plak nk dikencingnya