Wednesday, September 3, 2014

Kes Polis - Peguam PKR Akan Bela Ajk Cabang PKR Yang Paksa Bini Main Dengan Bangla

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Seorang suami 'gila seks' ditahan polis setelah isterinya membuat laporan akibat tidak tahan dengan perangai lelaki tersebut yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sambil disaksikannya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam, 31 Ogos lalu, wanita berusia 27 tahun itu bertindak melarikan diri untuk membuat laporan polis setelah dipaksa oleh suaminya melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki warga Bangladesh di rumah mereka di Kepong di sini.

Menurut sumber, wanita terbabit memberitahu, dia telah beberapa kali dipaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut dan kali terakhir adalah pada bulan lalu ketika mengandung tujuh bulan.

"Mangsa turut memberitahu, suaminya tidak mengambil sebarang bayaran kerana tindakan tersebut dilakukan sekadar untuk 'suka-suka' dan dia akan lebih terangsang apabila isterinya bersama dengan orang lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu memberitahu, selain suami wanita tersebut berusia 34 tahun yang merupakan peniaga barangan mainan kanak-kanak, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun turut direman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, sumber tersebut berkata, mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.

No comments: