Monday, September 8, 2014

TAHNIAH Dato Seri Ismail Sabri....!

Perhimpunan Bulanan MOA Bersama Datuk Seri Ismail Sabri -Dewan Serbaguna
[Ucapan Menteri]

Pertamanya syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di perhimpunan bulanan anjuran TEKUN kali ni. Kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan, dan kita masih lagi berada dalam bulan kemerdekaan. 
Suka atau tidak, kita tidak boleh pisahkan kemerdekaan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan, yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Saya tahu ada di kalangan saudara mungkin berada di pihak lain. Tetapi sejarah tidak boleh dipinda. Sejarah tetap sejarah. Kita perlu berterima kasih kepada pejuang2 umno atas kemerdekaan yang kita terima.

Perjuangan selepas kemerdekaan juga adalah penting. Indonesia, Vietnam, Myanmar.. contohnya, mencapai kemerdekaan lebih awal dari kita, tetapi kerana kegagalan kepimpinan mereka, ekonomi/politik/pelajaran jauh lebih ketinggalan daripada Malaysia. Ini berbeza dengan negara kita. Kepimpinan negara kita mampu membawa kemajuan ekonomi dan sebagainya kepada negara. Contohnya, kadar miskin tegar di malaysia hanyalah 1%. sebab itulah kita perlu berjuang untuk mengisi kemerdekaan, yang selalunya lebih sukar berbanding perjuangan mencapai kemerdekaan. Kita perlu berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang mencapai dan mengisi kemerdekaan kini, termasuk YAB PM hari ini.

‎Pelbagai kebebasan telah disuarakan, ini adalah isu yang kita perlu hadapi pada masa kini. Kebebasan bersuara dan lain lain. Ya, kita mahukan kebebasan bersuara, tapi adakah kita mahu korbankan keamanan negara kita dengan penyebaran fitnah-fitnah dan unsur-unsur negatif.

Sebab itulah, beberapa akta masih perlu dikekalkan untuk menyekat perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan negara. Akta hasutan misalnya, perlu dikekalkan.

Kita lihat pada hari ini pelbagai unsur fitnah telah tersebar. Institusi Raja Raja contohnya, pada zaman dahulu, Inggeris pun tidak masuk campur. Tapi sekarang oleh kerana kita mahukan kebebasan bersuara, institusi Raja juga telah dicemari.


Saya ucapkan tahniah kepada polis dan Peguam Negara kerana telah melakukan tangkapan ke atas golongan-golongan yang menyebarkan fitnah dan melakukan perkara-perkara negatif yang mempengaruhi masyarakat di negara kita.

Kumpulan kumpulan yang cuba memporak perandakan negara dengan menggunakan agama dan bangsa perlu dibendung.

Saya dengan terbuka menyatakan sokongan saya supaya akta hasutan dan yang sewaktu dengannya dikekalkan, demi masa depan keamanan negara.

No comments: