Thursday, September 25, 2014

Tolonglah Baca Penjelasan Ustaz Kazim Yang Ini... Pasti Anda Akan Faham Betapa Rosaknya Pemikiran Pimpinan PAS

SUMBER

USTAZ Kazim Elias telah digandingkan bersama Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di dalam sebuah forum yang telah berlangsung di SMK Geting di PRK Dun Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Apa yang menariknya adalah Ustaz Kazim dengan cukup tenang telah menjawab satu "soalan maut" seorang hadirin yang bangun untuk menyoal ahli panel dengan soalan yang berbunyi:

MENGAPA UMNO MENOLAK HUKUM HUDUD YANG TELAH DILULUSKAN OLEH DEWAN DUN KELANTAN YANG DIBAWA OLEH PAS SEBELUM INI ?

Ustaz Kazim menjelaskan satu persatu apa sebenarnya yang berlaku disebalik mitos "hudud PAS Kelantan" itu

"Mitos hudud PAS Kelantan" ini menurut ustaz Kazim dicanang dan dijadikan modal politik PAS, dan lebih malang apabila UMNO dan Tun Mahathir sengaja difitnah sebagai PENYEBAB UTAMA hukum hudud yang sudah siap digubal oleh pakar undang undang PAS dan sudah pun diluluskan oleh Tuanku Sultan dan Dewan DUN Kelantan itu gagal untuk dilaksanakan di negeri ini.

Sebelum menutup majlis Ustaz Kazim membuat satu soalan.....

Jika Mahathir penghalang hudud dilaksanakan di Kelantan.
Mengapa tidak dilaksanakan sekarang?

Mahathir sudah tiada.
Najib sudah pun beri kebenaran untuk perlaksanaan....

Mengapa pula sebaik Najib beri kebenaran, jawapan dari kerajaan PAS Kelantan berbunyi :

" mereka perlukan masa untuk gubal undang-undang hudud, dan itu bukannya mudah "

Ustaz kazim menyambung.

Mana hudud lama PAS yang kata dah siap dan mendapat perkenan Tuanku dan sudah diluluskan dewan dulu?

Sehinggakan umno dan Tun Mahathir difitnah dan dijadikan modal politik?

7 comments:

Anonymous said...

Terbaikkk

Anonymous said...

Itu adalah jawapan tepat kena pada batang PAS. Padan muka puak PAS.

Anonymous said...

Kawe tauu lamoo dohh...

sebak tu..tokse denge pahh

Anonymous said...

Najib sudah cakap di Perak. BN tidak akan laksanakan hukum hudud.

macamana dan minta pencerahaan.

Anonymous said...

memanglah najib kata BN tidak laksanakan hudud tapi negri yg dikuasai pasa PR kenapa tak laksanakan sedang kan sultan dah perkenankan.tok sahlah nak cari kesalahan org lain ada tiga jari tunjukkan kepada PAS dan PR kebodohan dan kesombonggan merka

Anonymous said...

Najib ckap bn tkkan laksanakan hudud,tapi kalau pass nak silakan.

Anonymous said...

BN tak mahu laksana hudud kerana rialiti politik, jawapan sama dengan arwah Azizan matan MB kedah dan juga Nizar. Tapi najib menyokong kerajaan kelantan nak buat hudud di kelantan, malah siap dibentuk jawatankuasa pusat berkenan hudud lagi. DUN kelantan sebulat suara sokong Hudud (BN dan PAS).