Saturday, September 20, 2014

YAHOOO..! Kami Berjaya Belasah Gang Mat Sabu Pada Muktamar PAS 2014

Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.

Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.


Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.


Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.

“Adakah ini sifat seorang Muslim?,” soalnya sebelum diiring keluar oleh seorang anggota Unit Amal yang turut mematikan mikrofon tersebut.  Malaysiakini.com


4 comments:

Strategi Perang:Pengenalan said...

Mesti ade counter-attack drp kem Mat Sabu.Kalau Mat Sabu bodoh x kanlah boleh jadi timbalan presiden.

Anonymous said...

sebelum ni adik Nik Aziz doa KO UMNO sekarang kena balik kat muka PAS sendiri.Inilah balasan bila permainkan agama.

Anonymous said...

abih yang adik Nik Ajis doa kan keburukan ahli UMNO yg semua tu saudara se ISlam kamu tu tak apa pulak ke?????.....kalau dah keldai tu, keldai jugak lah.....

Anonymous said...

Allah Maha Kuasa. Apa yang PAS doakan untuk UMNO (doa laknat) kini mereka bertelagah sesama sendiri.