Friday, October 17, 2014

Apakah Perjuangan Anwar Akan Terkubur Sebaik Sahaja Dia Masuk Jel Sungai Buloh...?

‎Azmin Tidak Komited Dengan Kempen Bebaskan Anwar

Satu rombongan yang berjumpa MB di Bangunan SUK baru-baru ini merah muka apabila MB baru Selangor tidak memberi respon positif dengan kempen kononnya mendapatkan keadilan kepada Anwar dalam kes sodomi.

Malahan, rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan kecil Azmin tentang keperluan manusia INSAF dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi.

Antara intipati tazkirah Azmin:-

- Bezakan kesilapan sendiri; dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat NASUHA sebagai perkara main-main
- Tidak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah. Tidak 'person-centric'. Tetapi 'perjuangan-centric'.

Rombongan kecil tersebut terkejut badak dengan kenyataan Azmin.

Bila ditanya samada geran Selangorku boleh membantu program bebaskan Anwar…, Azmin hanya ketawa kecil. 'Sudah-sudahlah tu. Kita banyak kerja di Selangor'.

Apa yang Azmin katakan ini sebenarnya sangat mengejutkan.

Daripada satu segi, Azmin sudah bersedia untuk keluar daripada bayang Anwar. 

Tulisan : Blog Gelagat Anwar

http://gelagatanwar.wordpress.com/2014/10/16/azmin-tidak-komited-dengan-kempen-bebaskan-anwar/

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

1 comment:

BR1M said...

dah xde power, manalah orang nak berlawan kat pihak dia lagi..