Monday, October 13, 2014

BAJET 2015 DAN FITNAH RM711 JUTA PERMATA - Benarkah Harakah Daily Akan Mohon Maaf Kepada Rosmah...?

FITNAH dengan benak pemikiran juak juak penyokong Pembangkang boleh kita ibaratkan seperti isi dengan kuku...! Melekat tak boleh dipisahkan....

Gelagat dan kelakuan juak juak penyokong Pembangkang yang menganuti ajaran sesat fahaman PKR, DAP dan juga PAS melihat pimpinan UMNO seolah-olah mereka melihat syaitan.... Ada saja jampi serapah terkumat kamit mulut membaca mentera keramat amalan yang diajari oleh tok guru masing masing!

Sebaik mana pun budi biarlah segunung intan yang mahu dipersembahkan oleh pimpinan UMNO yang menerajui kerajaan, juak juak penyokong tegar Pembangkang sudah buta hati! Semuanya buruk belaka..., semuanya hodoh sokmoh!

Setelah sifat sifat ini sebati dengan darah daging mereka si juak juak murahan penjilat tegar Pembangkang, maka proses seterusnya ialah menabur FITNAH! Iya, kerja membuat fitnah dan adu dumba bermatlamat untuk mengelirukan dan membohongi rakyat....

Pada pembentangan Bajet 2015 yang baru baru ini, YAB Datuk Seri Najib memaklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM711 juta adalah untuk dibelanjankan bagi pendidikan awal kanak kanak.... TETAPI juak juak murahan Pakatan Pembangkang telah memutarbelitkan fakta sekaligus MEMFITNAH Datin Seri Rosmah Mansor!

LIHATLAH BETAPA BUSUKNYA HATI JUAK JUAK PEMBANGKANG INI...!!

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang
Ada otak pandai
Ada akal pakai

LU PIKIR LAA SENDIRI...!!



1 comment:

Anonymous said...

kalau aku dalam pas, MALU YA AMAT sebab bodoh. bodoh mukarrab!!! seb baik aku kesian je dgn pas tapi tak hingin jadi ahli parti bodoh ni...