Monday, October 20, 2014

Pimpinan PAS Stress...., Selepas Tonggang Arak Octoberfest Di Selangor Bikin Pesta Najis MUGHALLAZAH

Soalan :

Dalam mazhab Shafi'ie, apa hukum sentuh anjing?

Kalau pihak polis guna anjing untuk menyiasat kes, apakah bermakna  setiap hari mereka kena samak..? Apakah sebenarnya hukum menyentuh anjing?

Adakah menyentuh anjing tiu haram? Jika tersentuh dengan sengaja, perlukah samak..?
Jawapan:

Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya yang menyatakan haram itu adalah memakannya.Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah ciptaan daripada Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.

Tidak ada persoalan tentang khinzir samada ianya kering atau basah hukum menyatakan wajib samak.Imam Syafie mengqiaskan basah di badan anjing itu sama dengan air liurnya.jadi air liur anjing adalah najis dan wajib di samak bukan sebab bulu melekat pada diri kita atau lain-lain.

Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM sepertimana Hadith Rasulullah SAW : 

“Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)

"Apabila bekas seseorang kamu dijilat oleh anjing (seperti meminum air didalamnya) maka sucikanlah dengan membasuhnya tujuh kali basuhan pertama hendaklah dengan air tanah (air yang dicampurkan dengan tanah)." (muslim(279)).

menurut riwayat Al-Daruqatni 1/65  salah satu daripada air itu ialah dengan air tanah.
Najis Mughallazah (BERAT) Anjing dan Babi
Dalil menunjukkan bahawa anjing dan babi adalah najis berat ialah kerana tidak memadai membasuhnya sebanyak sekali air seperti mana najis-najis yang lain. Bahkan mestilah dibasuh dengan tujuh kali. salah satu basuhannya ialah dengan air tanah.

Sebagaimana dalam hadis yang lalu iaitu hadis berkenaan dengan anjing yang menjilat bekas air. Babi diqiaskan kepada anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.

SOKONGAN DARIPADA ANAK ANWAR....!!

17 comments:

Anonymous said...

Tak tauuu nak cakap apa lagi.....!! hangpa semua sekolah tinggi2...hangpa lagi pandai pada aku..Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!

Anonymous said...

KALAU ADA SEORANG ULARMAK MENGATAKAN (MENGHALAKAN ) ALLAH MENCARUT, APA YANG NAK DI-KECOHKAN TENTANG PENGAJURAN " I WANT TO TOUCH DOG".

BETUL TAK ?


KEPADA SYED AZMI ALHABSHI, TAK ADA KE CADANGAN NAK ANJURKAN PULA " SAYA INGIN TAHU APAKAH RASA NYA MAKAN DAGING BABI PANGGANG" PULA ?


















Anonymous said...

Percayalah yg mereka2 ini mempunyai agenda yg lebih besar. Kita nantikan apa yg akan dilakukan kafirun ni semua

Anonymous said...

peninggggggg aku bang non oiiiii pening , Apa sudah jadi

MelayuKg said...

Astaghfirullahaladzim..
kenapa umat Islam jd mcm ni?
benda yang Tuhan haramkan disentuh kenapa sengaja nk sentuh?
kenapa tidak ada rasa takut hilang Rahmat Tuhan.. Kasih Sayang Tuhan.
Banyak masalah lain yang perlu umat Islam pulihkan bukan dengan mengacau hal2 berkaitan hukum yang telah ditetapkan.

Alasan takut? Islam suruh beranikan diri dengan anjing ke?
Anjing mmg perlu ditakuti secara fizikal krn boleh bawak penyakit anjing gila, gigitan.. air liur yng kotor..

kenapa org Melayu Islam sudah jd mcm ni berubah jd lupa Agama? pakai tudung tp tiada lg waspada dan hati2 dlm Agama?

sedh sgt

ya Allah berikanlah mereka kesedaran
berikanlah aku dan mereka HidayahMu supaya mereka faham maksud Agama!

Anonymous said...

Ingatlah bahawa syaitan dan iblis sentiasa mahu memusnahkan manusia walau dengan apa cara sekali pun. Dalam isu ini, si penganjur yang orang Islam itu pun, walaupun anda kata anda tamak pahala, memang kita dituntut untuk mencari pahala sebanyak mungkin, tetapi sedarlah bahawa Iblis dan Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia dengan 99 perkara ibadah tetapi dengan hanya satu perkara maksiat, maka 99 tadi menjadi kosong sahaja.

Oleh itu dalam nak buat sesuatu itu, fikirkanlah apa yang lebih bagus untuk masyarakat.

Adalah lebih bagus jika penganjur membuat kempen menjaga aurat atau kempen jauhi pergaulan bebas yang menyesatkan, serta lain-lain kempen yang lebih bermanfaat kepada masyarakat.

Bukannya apa, dibimbangi anak-anak kecil nanti oleh kerana kaedah anda ini akan akan menyebabkan mereka mengganggap anjing sebagai binatang biasa seperti kucing hingga menyesatkan pemikiran mereka.

Masa sedarlah jika ada yang tersesat akibat program anda ini, di akhirat kelak, anda tanggunglah sendiri.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

profit said...

May ALLAH bless Syed Azmi for pioneering a good event.

Anonymous said...

Tahniah Nik Aziz.hasil tahaluf siyasi dengan DAP inilah hasilnya.Pesta Arak, Pegang Anjing dan lepas ni makan babi pulak.

Anonymous said...

tobat org melayu yg pegang anjing tu tak sokong Umno atau BN..

mae said...

Baju yg dijilat anjing atau terkena basahan anjing jgn lupa disamak juga

Anonymous said...

Atok saya berbangsa cina dan non muslim mempunyai lebih daripada 10 ekor anjing untuk mjaga kedainya. Selalu saya bagi makan anjing2 tapi takde sampai berpeluk atau pegang saje2. Sbb ayah bgtau air liur anjing najis dan bau busuklah meleleh pulak tu. Berbalik pada iman dan ketaatan pd hadis rasulullah s.a.w. menahan diri daripada membelai anjing2 ini bila tiada keperluan. Takut lepas ni ada kempen IWANT2TOUCH A PIG pulak

Anonymous said...

Kenapa UMNO Selangor senyap sunyi? Harapkan Ustaz Fathul Bari je menegakkan kebenaran? Yang lain lembik tak bermaya..

Anonymous said...

Selepas ini ada kempen baru pulak"' who want to touch my Bird". Khas utk golongan bertudung wanita...mana ler tahu kot2 ada yg fobia dgn burung2 yg pelik2...hahahaha

Anonymous said...

Bless or blast?

ace said...

yang super menyedihkan ada pula backers muslimin muslimat yang cabar supaya orang yang menegur diminta untuk tunjukkan dalil dalam al quran yang mengatakan perbuatan itu haram.

2. hukum hakam islam ini bukan hanya diberikan oleh quran dik oi. pergilah belajar betul2x apa itu islam. orang cina india yang belajar tentang bahasa melayu lebih cemerlang keputusannya dari bangsa melayu yang dilahirkan melayu dalam peperiksaan spm.

3. pemayung, pemimpin tinggi islam serta majlis ulama tolong berani dan lebih kerap tampil dan buat penjelasan serta pencerahan. satukan lah kami orang2x islam yang semakin berpecah belah dan berantakan ini. amin

Anonymous said...

masa saya sekolah rendah lagi atuk ada bela anjing utk jaga rumah dia dari di masuk pencuri.tapi saya tak pernah pegang anjing tu coz nenek n atuk tak benarkan.bila ditanya why? mereka kata haram utk org islam pegang anjing.tapi utk jaga rumah tak apa kata mereka.

Ibnu Battitusta said...

mazhab Hanafi - hanya air liur anjing najis
mazhab Maliki - keseluruhan badan anjing tidak najis
mazhab Maliki - samak boleh ganti tanah dgn sabun

melayu sbg third-world muslims memang berfikiran sempit, cuma layak tinggal di kampung2 pinggir hutan ...bahaha