Thursday, October 2, 2014

Relax Bro..! Baca Dan Faham Dulu. Jangan Melulu Nak Naik Minyak Bila Minyak Naik

‎Subsidi RON95 & Diesel:
Sedikit penjelasan.

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

Ahmad Bin Maslan
Timbalan Menteri Kewangan 1

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.

11 comments:

Anonymous said...

Mohon maaf.
Saya penyokong kerajaan yang bukan ahli UMNO... Bukan kakitangan kerajaan...

Saya melihat ini langkah yang sangat silap kerana pada masa yang sama tiada langkah penjimatan dalam perbelanjaan negara.

Cuba lihat dengan BRIM... hanya golongan tertentu sahaja yang dikatakan lebih mencapai sasaran.

Kami? tiada mendapat faedah.

Keduanya lihat kepada ketirisan projek kerajaan sama ada perlu atau tidak perlu dilaksanakan... sedakar mewujudkan projek. salah tu ..


Lepas tu pelik jugak bilamana kereta jabatan menggunakan jenama mahal dan mewah seperti fortuner..berapa kos yang dibelanjakan untuk unit fortuner di malaysia dan hanya kegunaan di bandar?

ini salah satu sahaja... cari dan gali lagi ... semuanya macam tak kena..

rakyat diminta berjimat tetapi kerajaan belanja sakan..

Jangan jadi zaman Pak Lah yang jelas bodoh dalam membuat keputusan walaupun sering dikatakan ini adalah keputusan bersama...

maksudnya yang bersama membuat keputusan itu memang di kalangan yang bodoh...


Anonymous said...

Tak paham bukan kesan nya skan menyebsbkan barsngan naik mendadak..memberi kesan terus kepada
Kehidupan Dan aktiviti harian . Di kampung memamg banyak peruntukan kerajaan. Tapi di bandar pendapatan kecil dan sederhans ...

Anonymous said...

En Ahmad,
Tolong tunjukkan kat mana kerajaan buat dewan la..jalan la..itu ini setiap kali nak rationalization kononnya..

tak perlu rektrorik nak cakap itu dan ini..

Kalau nak adil..then stop giving brim..stop jalan jalan kat oversea..

Anonymous said...

yelah..yelah encik dato' ahmad maslan. betul la tu. tapi dalam betul ada yang hampeh tak betul. pertama, sesuai ke masa dan ketikanya harga bahan bakar itu dinaikkan? ini soal kemandirian kerajaan yang memerintah sekarang. dalam keadaan parti pembangkang sedang bercakaran sesama sendiri, satu BUAH BODOH oleh kerajaanpun dikeluarkan. adakah ini yang dimaksudkan check anda balance oleh kerajaan terhadap pembangkang supaya yang teruk bukan pembangkang, tetapi kerajaan yang memerintah juga? kerajaan bn sekarang ini boleh ditakrifkan PALING BODOH untuk menggunakan situasi bagi menarik sokongan rakyat. dalam situasi rakyat makin nak muntah dengan politik pembangkang, kerajaan juga mengambil tindakan supaya rakyat boleh muntah terus dengan tindak tanduk kerajaan. nak tanya dengan dato' maslan, jika kerajaan menangguhkan penurunan subsidi sehingga selepas hari raya aidil adha, kerajaan akan bankrapkah? sebenarnya kerajaan dah bankrap idea untuk menarik sokongan rakyat sedangkan beratus juta rm dibelanjakan untuk membayar 'konsetan2'. serius membazir!!! kedua, apa tujuan sebenar pemberian BR1M kepada rakyat? oklah, jika untuk membantu golongan berpendapatan rendah terus hidup ianya patut diberikan kredit. bravo BN!!! malangnya kerajaan tak dapat pulangan yang diharapkan dengan nilai yang dibayar kepada sebahagian besar penerima BR1M. adakah BR1M benar2 membantu rakyat dalam jangka panjang? berapa lama duit BR1M itu boleh bertahan didalam poket rakyat? apa yang mampu dibeli dan diselesaikan dengan duit sebanyak itu? bagi sesetengah rakyat yang bijak, duit sebanyak itu akan dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin. ada yang menyimpan, melabur dalam skim amanah dan membantu perbelanjaan rumahtangga dan persekolahan anak2. tahukah kerajaan bahawa ramai penerima BR1M hanya membezirkan duit tersebut dengan perkara2 tidak perlu seperti membeli telefon baru, tukar tv baru, belanja kawan2 dan sebagainya sebab dapat duit terpijak! kononnya kerajaan akan dapat 'BODEK' rakyat untuk memberi sokongan sebab beri duit. mentaliti 'think tank' kerajaan masih di bawah tempurung. tak usah mimpi la rakyat boleh dibeli sebegitu rupa. duit ambil tapi nak kasih kepada BN kena fikir 99 kali. ada pulak yang akan kata kerajaan dah beri segala-galanya untuk rakyat, kenapa tak suka kerajaan? sekali lagi kerajaan MEMANG BODOH! rakyat bukan fikir sangat apa yang kerajaan beri, tetapi akan cukup berkira dengan apa yang kerajaan dah susahkan mereka. bila subsidi diturunkan menyebabkan rakyat kena bayar lebih @ harga barang naik. so, benda simple macam inipun 'think thank' dan 'konsetan' bergaji mahalpun tak boleh nak fikir? sekali lagi serius membazir!!!

Anonymous said...

kita marah bila wang dibazirkan pada consultant sebanyak 7 billion bila kita x nampak kesan positive lansung dr consultancy semahal ini.

kita marah kerana kerajaan nampaknya clueless, walaupn middle range berkereta, mereka masih terbeban dengan pelbagai hutang.

hatta mereka berkelulusan luar negara pn hanya makan cukup makan di bandar. mmg berkereta menerima increment tp setiap tahun increment yg naik kurang dr harga barangan bulan yg naik. maka golongan middle range ini juga akan kearah negative financial mereka.

kini dgn tambahan beban, adakah kerajaan masih tidak sedar rata2 middle range rakyat tiada asset dan tidak mampu membeli rumah?

kita marah kerana setelah bertahun2 menjadi pm, kita hanya mendgr fancy transformasi without rakyat merasai apa2 perbezaan langsung.

kita marah kerana ketikak pengumuman ini dibuat nampaknya pm yg dikatakan suka bercuti bila stress tidak nampak kelibat dia utk menenangkan keadaan. apakah pm kita seorang yg penakut?

kita marah kerana disebalik fancy words seperti kerajaan merasai nadi rakyat, kerajaan nampaknya clueless langsung tentang keadaan rakyat bahawan yg semakin menurun kualiti hidup mereka.

so ya saya faham tentang budget dan subsidi. tp kita x berkenan bila byk dana seperti 1mbd dan consultant diberikan mcm limit wang adalah melangit dan akhirnya yg terpaksa menanggung defisit negara adalah kami semua. sudahlah kualiti hidup semakin merundum.

akhirnya even pekeliling yg dikeluarkan tidak menunjukkan sikap sympathetic langsung sebaliknya masih menegaskan yg kami perlu berterima kasih pada subsidi selama ini?

nadi rakyat?

Anonymous said...

ini semua salah mahathir

Anonymous said...

Kerajaan belanja sakan .. rakyat kena tangggung. Saya tak percaya duit yg dijimat akan dibelanjakan dgn cara berhemah. Hapuskan brim. Tutup 1mdb, tutup talent corp, buang punahsihat & pemandu. Setiap perkataan yg keluar dari ah gor & mentrinya dah mcm racun bagi saya.. nak muntah..

Anonymous said...

BN memang bodoh dan ini standard jawapan Menteri BN yang nak menghancurkan BN sendiri. Bukan soal popular atau tak. Yang bagi BR1M tu lagi membazir. Kalau nak dengki dengan yang berpendapatan tinggi, cuba hitung berapa cukai yang dibayar. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan subsidi yang ciput tu pada dia.
Kalau setakat dan berbahas, semua benda ada pro and con. Kalau kita ambik tahi ayam pun kita boleh tulis atas kertas ia mempunyai nilai macam emas.
Rakyat Malaysia bukannya bodoh sangat. Kalau nak sangat tumbang, rakyat akan pastikan BN akan tumbang. Cukai yang diperolehi dari Petronas melebihi cukai-cukai lain. Tak pernah tanya bagaimana hasil tersebut diperolehi?. Kalau bukan kerana kerajaan dizaman Tun M, tak mungkin perolehan petronas sebanyak yang ada sekarang. Tapi kerajaan BN sekarang amat lembab, setakat nak agihkan duit BR1M, tak perlu bijak pun, orang bodoh pun boleh buat.

Anonymous said...

Saya setuju dengan tuan. Govt banyak buang duit melalui program2 kementrian, perasmian itu dan ini. Satu program boleh cecah 70-90k tapi impak kosong. Govt tolong jalankan tadbir urus negara dgn berjimat cermat. Kurangkan lawatan ke luar negara yg kurang memberi impak.

Anonymous said...

Baru menang PRK dah berasa satu malaysia ka sokong BN ni??? apa punya bangang la menteri2 ni. rakyat tgh susah sekarang ni. menteri makan rasuah banyak tak apa lah...kami nak makan rasuah skit dah kena cekop.
2 ribu juta...sebut konon nak bg nampak byk la. sebut saja la s billion rakyat malaysia bukan sengal macam Menteri KPDNKK. Kata jimat2 last2 pi ke mana duit tu... masuk kocek menteri dan kroni juga...

sorry no more vote for BN next election. demi Allah..aku takkan vote utk BN.

Anonymous said...

20 sen pengurangan subsidi..
Penurun harga minyak dunia .. Takkan tiada pengurangan base price?
Dulu kata harga minyak ikut apungan minyak dunia
Cuba cite skit..