Sunday, October 12, 2014

Zahid Menteri KDN AKUR Dengan Desakan Zahid Mursyidul Am TIBAI

Setelah didesak oleh Zahid Md Arip Sahibul Samahah Al-Fazdil Mursyidul Am TIBAI, Menteri KDN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akur dan bersetuju untuk melarang kemasukan pengamal ajaran sesat dari negar jiran.

Tokoh liberal melampau dari Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla yang sebelum ini dijadual akan menghadiri satu diskusi di ibu negara, dilarang memasuki negara ini.

Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen semalam bagi menghalang Ulil Abshar yang dijadual menyertai program tersebut pada 18 Oktober ini.



“Ulil Abshar mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara yang kehadirannya mengundang protes orang ramai.

“Sekiranya dibenarkan dia berceramah dan hadir beberapa program di sini, ia akan merosakkan akidah dan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Sebelum ini, beberapa pihak membuat laporan polis bagi membantah penganjuran diskusi meja bulat bertajuk `Tantangan Fundamentalisme Agama Abad Ini’ pada 18 Oktober depan yang dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Islamic Renaissance Front.

Ahmad Zahid berkata, sekatan itu akan berkuat kuasa sehingga Ulil Abshar tidak mendatangkan bahaya dan polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi memantau perkembangan itu.