Monday, November 17, 2014

Benarkah Ada Wang Besaaarrr Bajet Untuk Upah Blogger Bunian Buat Damage Control Noh Omar...?

Tiba tiba.... JENG JENGG JENGG.....!

Iya secara tiba tiba, entah dari mana datangnya, maka terciptalah sebuah laman blog yang dilahirkan pada 7hb November 2014. Sebuah laman blog yang terpaksa dilahirkan semata mata untuk menjadi pencacai tukang basuh berak Noh Omar!

Blog yang hanya menulis mengenai satu perkara sahaja.... mahu bersihkan najis Noh Omar, itu sahaja! Bermula dengan artikel pertama, kedua, ketiga hanya mahu jadi pencacai tukang basuh berak Noh Omar.

Format blog ini dilihat cuba memantau penulisan yang dibuat oleh blogger yang kuat mengkritik Noh Omar. Pada sebelah kanan ruangan bloggers link, laman blog tersebut menyenaraikan Blog MIK, The Unspinners, Selangor Chronicles bagi tujuan kemaskini memantau sekiranya ada artikel terbaru menghentam Noh Omar. Turut sama disenaraikan adalah sebuah laman blog yang menjilat Noh Omar....[terserlah hubungan dua hala kedua dua laman blog ini]

Barangkali mungkin sudah tidak ada bloggers dan facebookers yang berahi mempertahankan Noh setelah YAB Presiden UMNO sendiri bertindak membalun Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu dalam majlis anjuran UMNO Selangor didepan khalayak pimpinan akar umbi UMNO Selangor....

Mungkin ada satu atau dua laman blog yang cuba menjadi pencacai Noh tetapi tidak berjaya langsung membuat WAVE untuk membersihkan najis yang dah terpalit sebab mereka bukanlah jenis laman blog yang ada strong reader base. Lagi pun kalau ditanya dikalangan pimpinan dan ahli akar umbi UMNO sendiri pun 80% akan memberikan respon yang sangat negatif mengenai Noh Omar...

LEMBAB....! Itulah tagline yang diberikan oleh YAB Datuk Sri Najib kepada Noh Omar.... Apa yang telah berlaku boleh disamakan dengan situasi;
"Encik A buat majlis dirumahnya yang dibantu oleh kuncu kuncu Encik A tetapi dalam majlis dirumah sendiri itu Encik A telah dibalun oleh Tetamu VVIP yang dia sendiri jemput sebagai Boss... Mana nak letak muka yang tak hemsem tu...?"  Itulah kisahnya.....
Keujudan laman blog yang mungkin diupah oleh Noh Omar itu cuba memainkan cerita kunuuuuuuuuuuuuuuuuuunnya ada Konspirasi untuk jatuhkan Noh Omar. Inilah PUNCH LINE paling lawak giler sangat sangat melucukan..., lebih lucu dari PUNCH LINE kumpulan Bocey, Shiro dan Sepahtu.

Laman blog itu cuba kaitkan beberapa nama dalam pimpinan UMNO yang kunuuuuuuuunnya dengki dan mahu menjatuhkan Noh Omar. Melihat dari modus operandi ini memanglah 'tidak mustahil' ini kerja dari dalam kain Noh Omar sendiri sebab jika dia mahu gunakan beberapa laman blog yang sedia ada yang boleh 'dipaksa' menulis mengenai Konspirasi ini, maka akan tercalar hubungan Noh dengan beberapa nama pimpinan UMNO yang disebut sebagai dalam konspirasi tersebut.... Mudah untuk kita baca game bodoh seperti ini!

Noh mungkin hebat sebagai jaguh kampung, mampu menang dikawasan sendiri tetapi tidak ada keupayaan untuk membawa UMNO menang di Selangor. Ramai pimpinan UMNO di negeri Selangor tidak bersungguh sungguh mempertahankan Noh yang mereka rasakan tak layak untuk mengetuai negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan.

"Muka pun tak reti nak senyum, berlagak jer...!" itulah kata kata respon dari salah seorang Ketua Bahagian yang Blogger MIK temui baru baru ini.

Iya, pada hemat Blogger MIK tak payahlah nak dimomok-momokan dengan kisah ada konspirasi untuk jatuhkan Noh Omar sebab spesis seperti akan pupus dan lenyap dengan sendirinya....

Silalah anda lusuri sendiri kerja yang dibuat oleh blog yang tiba tiba muncul ini, klik di SINI.

7 comments:

Anonymous said...

aku setuju la bro nmpk sgnt la datuk noh guna blog hantu nak lepaskn tengkok dia ni boleh la plak kata ada org dari pejbt pm ada buat konpirasi la. mmg btol la datuk noh guna blog hantu sebab dia tak bley guna blog sangkakala tu nak sebut nama yb datuk johan jadi datuk noh tak nak nanti dia dilihat arahkn blog sangkalala serang pemimpin umno sgor, pandai jugak tauke kolam udang ni main wayang supaya dia tak bergaduh dengan yb johan

Anonymous said...

aku setuju la bro nmpk sgnt la datuk noh guna blog hantu nak lepaskn tengkok dia ni boleh la plak kata ada org dari pejbt pm ada buat konpirasi la. mmg btol la datuk noh guna blog hantu sebab dia tak bley guna blog sangkakala tu nak sebut nama yb datuk johan jadi datuk noh tak nak nanti dia dilihat arahkn blog sangkalala serang pemimpin umno sgor, pandai jugak tauke kolam udang ni main wayang supaya dia tak bergaduh dengan yb johan

Anonymous said...

AKU PALING NYAMPAH TENGOK MUKA NOH OMAR TAK PERNAH NAK SENYUM LANGSONG MUKA TOYA MUKA SOMBONG MUKA BONGKAK MUKA BERLAGAK. KALAU BERSALAM PUN TAK NAK SENYUM MACAM SIAL LA

Anonymous said...

Kusangka jari ku sembilan..rupanya sepuluh.. Ada kala aku tersangka sangka tetapi aku merepekkkkk...dah tau dahhhhhh orgggg tuuu

Nak tunggu pau berentap atau angguk kepala aje... Bila laaaaa melayu pemberani nak muncul dlm pau..jgn la asyik ikut lenggok kepala pemimpin lembik...

Anonymous said...

Kalau Noh Omar dan tembam2 nya turun bersihkan segala longkang di seluroh Selangor sekalipun, rakyat Selangor tak kan undi dia dan tembam2 nya lagi dah.....

Rombakan keselurohan dengan mengantikan calon yg lebih muda, bersemangat, membela nasib rakyat, menyelesaikan masalah, berpendidikan adalah jawapan nya.

Anonymous said...

datangkanlah siapa pun jadi ketua UMNo di selangor , tetap tidak akan berjaya mengembalikan UMNO seperti dulu , terlalu ramai orang UMNo yg lari meninggalkan umno selangor dan samada masuk PR atau atas pagar sahaja ..

kenapa ianya berlaku ..?

kecil hati dengan cara pemilihan kepimpinan UMNo selangor ?
kecewa orang yg disukai tdk dilantik ?
kerana PR dilihat lebih suci ?
kerana kebusukan dalaman umno tidak pernah cuba untuk sembuh malah dilihat semakin parah ?

dimana penyelesaianya?

atau biarkan sahaja selangor dibawah PR, biarlah UMNO direhatkan barang 20 tahun di selangor untuk kembali bernyawa atau mati terus ?

Anonymous said...

se