Wednesday, November 26, 2014

BRAVO Shahrizat...! Walk The Talk....

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari mengumumkan telah mengumpulkan sejuta tanda tangan bagi menggesa kerajaan supaya tidak memansuh Akta Hasutan 1948.

“Saya amat bimbang dengan keadaan semasa yang tidak sihat.

“Ada pihak-pihak di kalangan masyarakat kita yang dengan sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mengambil kesempatan akan isu pemansuhan Akta Hasutan 1948 ini,” katanya.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung wanita Umno berkata satu juta tandatangan ini akan diserahkan kepada perdana menteri seawal mungkin sebagai bukti bahawa mereka memandang serius perkara itu.



1 comment:

Anonymous said...

Ini lah salah saorang yang mungkin dimaksudkan oleh TSMY supaya "move-on" dan sudah menjadi liabiliti kepada parti. Kalau setakat galak pertahankan Akta Hasutan, NGO lain dan ramai yang lain sudah lama pressure Kerajaan UMNO untuk pertahan AH. Amat sedih usaha Wanita sekadar kutip 1 juta tandatangan.....tak kan tak ada cara yang lebih canggih? Kutip tanda-tangan ni serupa cara orang "dahulu-dahulu"....no big deal.