Thursday, November 6, 2014

Ini Bukti Najib Kata UMNO Selangor LEMBAB...! Hanya 16 Pengundi Baru UMNO Selangor Daftar Setiap Hari....

Lihatlah buktinya diatas....!

Apa Noh Omar buat...? Tidor lena....?? Kenapa terlampau teruk gerak kerja UMNO Selangor seolah-olah tak mahu menang PRU 14. Apakah ini bukti yang membangkitkan kemarahan YAB Datuk Seri Presiden UMNO sehingga Najib 'tergamak' melabelkan UMNO Selangor LEMBAB...?

Anda saksikanlah sendiri....  Dalam tempoh 5 bulan UMNO Selangor yang beroperasi menerusi 22 Bahagian hanya mampu mendaftarkan seramai 2,500 pengundi baru. Secara purata hanya 16 pengundi baru didaftarkan setiap hari.

Kalau dilihat pada laporan diatas, Bahagian Tanjung Karang yang diketuai oleh Noh Omar sendiri pun hanya mampu mendaftar 308 pengundi baru sahaja, bukanlah satu angka yang hebat!

Malah beberapa Bahagian yang dahulunya kubu kuat UMNO seperti Shah Alam hanya mampu mendaftarkan 43 orang sahaja pengundi baru dalam tempoh 5 bulan, ini sangatlah memalukan UMNO...!

Noh Omar dah terbukti GAGAL, tunggu apa lagi...?

1 comment:

Anonymous said...

Noh omar ada 3 kadburetor bro...statistik daftar pengundi Baru mgkn rndah,kalau statistik buat anak mungkin terpaksa umno Selangor beli kilang kertas A4 bagi memenuhi ruang yang Ada.....