Tuesday, November 11, 2014

Mampukah Noh Omar Tewaskan Azmin Ali Dan Rampas Selangor Dari Tangan Pakatan Rakyat...?

Di negeri Selangor kita menyaksikan taburan penduduk masyarakat majmuk sangat tinggi dan sudah menjadi kenyataan hakiki bahawa kaum bukan melayu kini menguasai bandar bandar pesat membangun di negeri paling kaya dalam Malaysia ini yang sudah menjangkau usia 6 tahun dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat....

Pengundi pengundi bukan melayu yang ramai disekitar Damansara, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Puchong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Kelang dan Kapar mendominasi penguasaan sokongan yang semakin kuat untuk Pakatan Rakyat.

Semua ini telah diterjemahkan menerusi keputusan Pilihanraya Umum 13 dimana, BN kalah teruk! UMNO hanya tinggal 12 kerusi DUN berbanding 22 yang dimenangi pada PRU 12 tahun 2008.

Apabila berlakunya Kajang Move, terbukti Pakatan Rakyat langsung TAK takut untuk berlawan dengan BN dalam negeri Selangor, mereka sesuka hati "mengadakan" Pilihanraya Kecil dan sangat yakin BN tak akan mampu untuk menang..... Kalau ikut istilah mudah faham, "Pakatan Rakyat kotak katik BN macam tu saja...".

Mungkin ada beberapa pencacai pencacai tukang basuh berak Noh Omar akan kata, "PRK Kajang calon BN berjaya kurangkan majoriti walaupun Wan Azizah menang...". Pada hemat Blogger MIK itulah jawapan paling bangang sebab cuba meniru sikap dan pendirian Anwar Ibrahim!

Iya, lupakah anda apabila diumumkan keputusan PRU 13, Anwar kata mereka menang 52% sokongan rakyat sedang BN hanya dapat 48% sahaja, sepatutnya dialah PM bukan Datuk Sri Najib...

Begitulah juga kaedahnya dalam kita menerima keputusan PRK Kajang, persoalannya  siapa yang menang... bukan calon BN! Hakikatnya BN kalah...

Masih mahu mengulas kisah UMNO Selangor LEMBAB maka Blogger MIK terkasima sedikit dengan kenyataan terbaru Noh Omar. Dialah yang akan mengetuai bala tentera untuk pastikan BN berjaya tewaskan Pakatan dan rampas semula Selangor....

Mampukah Noh Omar...?

Sepertimana lazimnya, susunan ayat dilihat sangat skima dan sekadar membuat kenyataan untuk menjaga hati setengah pihak, agar tidak dicop sebagai marah dengan teguran YAB Presiden UMNO....

"kami akan...."
"kami akan pastikan...."
"kami sedang mempersiapkan....."
"kami sudah arahkan....."

Itulah antara bait bait kata kata manis dari Noh Omar membuat Jani Manismu. Janji demi janji, ucapan yang bergema dengan harapan dia akan dilihat sebagai seorang Jeneral yang akan membawa kemenangan mengkuburkan pemerintahan Pakatan yang diketuai oleh PKR di Selangor.

Baca seterusnya di SINI 

14 comments:

Anonymous said...

Bersatulah melayu!

Anonymous said...

Bersatulah melayu ....

jangan sampai dah terhantuk baru nak menadah

Anonymous said...

saya ahli umno dlm sgor dan saya tak yakin umno boleh menang selagi muka berminyak mcm noh yg lead sgor... muka sombong bila salam tak reti nk senyum

Anonymous said...

datuk noh kena pulangkn balek la duit projek subur yg dia rembat berjutajuta tu.
pastu duit tu buat jentera umno barulah bole fight dgn pkr

Anonymous said...

Macam mana pula dengan Pulau Pinang?

Dari 12 kerusi turun jadi 11. Mujur kawasan majoriti Melayu di daerah SPU masih boleh kekalkan. Separuh bahagian Pulau (Daerah Barat Daya) masih di bawah UMNO, mujur Parlimen Balik Pulau dapat kembali (biru juga kawasan di Pulau ni). Tapi, rata-ratanya tiada perubahan. Barisan pimpinan UMNO Pulau Pinang tidak menyampaikan mesej yang jelas kepada kepimpinan pusat tentang strategi yang patut dibuat. Pilihanraya yang lepas, begitu banyak duit dihabiskan seperti beli bertin-tin carlsberg untuk orang Cina. Adakah ini pendekatan yang dibawa oleh BN negeri? Dapatkah undi Cina? Dah tentu tidak.

Pengerusi Perhubungan pun dah 2 kali kalah pilihanraya berutut-turut, kali kedua lagi teruk!!

Patutnya dah letak jawatan. Memang dia boleh consolidate sokongan dari kalangan UMNO, tapi setakat tu je lah, dari kalangan UMNO. Macamana dengan rakyat?

Kalaupun tidak bertanding di kawasan majoriti Cina, setidak-tidaknya boleh menang peti undi di kawasan Melayu seperti di daerah Timur Laut. Tetapi, tak dapat juga.

Usah kata Cina, orang Melayu sendiri pun tak dapat mencari hubungan dengan UMNO Pulau Pinang.
Kita semua tahu UMNO perjuangkan bukan untuk Melayu sahaja, tetapi untuk bangsa lain juga melalui duit hasil cukai yang dibelanjakan untuk kesihatan, pendidikan, penyelenggaraan infrastruktur, di samping mewujudkan ekosistem yang memungkinkan peluang mencari rezeki terbuka bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang, tapi untuk negeri lain juga. AKAN TETAPI, inisiatif dan usaha UMNO ini GAGAL dijelaskan oleh line-up perhubungan negeri (dan juga agensi penerangan milik federal) kepada rakyat jelata.

Kalau program setakat bantuan ihsan dan kewangan masih tak dapat menarik kembali sokongan rakyat (setidak-tidaknya anak Melayu), jadi apa gunanya Presiden masih mengekalkan line-up sama yang jelas kering idea.

Tapi, sama seperti Datuk Noh Omar, Datuk Non Panjang pun sama juga, bermuka tebal, enggan mengaku mereka tidak mampu memacu UMNO ke hadapan.

UMNO Pulau Pinang bukan sahaja perlu berubah, ia perlu diganti dengan line-up baru. Sama juga dengan Gerakan, MCA, dan MIC.

Untuk menang kembali PRU-14 mungkin mustahil, tapi boleh dilakukan berdikit-dikit. Jangan biar Pulau Pinang jadi seperti Kelantan.

Anonymous said...

Pakatan rakyat bukan kuat.....yang lemah adalah b.n,semua tunggu duit Baru Nak buat kerja....tido sepanjang masa bukan jalan penyelesaian!!!!

Anonymous said...

Noh Omar Tewaskan Azmin Ali ???
Tan Ku Ku
Wait Long Long
Tunggu lama lama

Anonymous said...

Buang masa sj la...umno selangor dah reput dlm kubor...ckp mcm taik....kerja hampeh....

Anonymous said...

MAMPUKAH atau MAMPUSKAH ??????

Anonymous said...

cakap pun tergagap2..macamtu nak lawan azmin..toksah mimpi la umno

Anonymous said...

Selagi noh omar jd peneraju umno di selangor memang xkan dptlah.

Anonymous said...

Saya pkr tapi malu ada pemimpin kaki jamban.........

Anonymous said...

Kalau tak MAMPU, MAMPOS la...apa lagi

Anonymous said...

Noh omar la faktor melayu selangor undi pkr kecuali di tg krg. PR pun bukan parti hebat mana pun tahap makan aiskerim dlm jamban jer